Kebajikan kakitangan diutamakan
PUTRAJAYA – Kita menyantuni golongan yang memerlukan, tanpa melupakan kakitangan. Demikian ucapan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Nasrudin Hassan semasa menyampaikan sumbangan untuk kakitangan badan dakwah ini pada 29 September. Seramai 21 kakitangan YADIM disantuni dalam program ini menerusi pemberian barangan keperluan harian seperti beras, telur, minyak masak dan lampin pakai buang. […]
Seniman Jalanan Ibu Kota disantuni Bank Islam, YADIM
KUALA LUMPUR – Seniman jalanan di negara ini juga memerlukan sumbangan kerana pandemik Covid-19 yang melanda, turut memberi kesan kepada mereka.Ekoran tiada jemputan persembahan, pendapatan mereka terjejas teruk. Prihatin dengan situasi ini, Kelab Bank Islam dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 16 September menyantuni seramai 20 seniman jalanan di sekitar ibu kota seperti buskers, […]
MAINJ salur 7,345 bakul makanan kepada keluarga terjejas COVID-19
JOHOR BAHRU – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyalurkan 7,345 bakul makanan kepada keluarga memerlukan di seluruh negeri ini, sehingga 31 Ogos lalu. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi, berkata bakul makanan itu disalurkan dalam tempoh Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan peruntukan RM3 juta. “Bantuan bakul makanan […]
Musaádah 3.0 Siri 4 Mersing YADIM Johor
MERSING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah melaksanakan program Musaadah Covid 3.0 di Kampung Penyabung, Endau pada 28 Ogos dan Kampung Belukar Juling, Endau pada 2 September 2021. Diadakan dengan kerjasama Masjid Kampungg Penyabung dan Masjid Kampung Belukar Juling, program ini telah menyantuni seramai 40 keluarga yang dikenalpasti memerlukan. Keluarga yang disantuni ini […]
“Antara kejadian bencana alam terburuk pernah terjadi selepas 30 tahun”
GURUN – Program sumbangan 10 keluarga mangsa kejadian kepala air Yan di Kampung Baru Gurun di sini menutup lawatan kerja Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) selama dua hari di negeri ini. Dalam program berkenaan pada 1 September, 10 keluarga tersebut masing masing menerima sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai yang disampaikan oleh Ketua Pegawai […]
Mangsa kepala air di Kampung Pauh terima bantuan
YAN – Mangsa kejadian kepala air di daerah ini masih belum benar benar pulih. Kediaman masih belum sempat dibersihkan, kenderaan belum dibaiki, jalan masih rosak dan pelbagai lagi perkara yang perlu dilakukan untuk menjadikannya seperti sebelum bencana. Antara kawasan terjejas teruk termasuklah Kampung Pauh, Kampung Perigi, Kampung Sungai Udang Atas, Kampung Tohor dan Kampung Setul […]
“Ayah ibu tolong tolong, halalkan makan makan minum”
YAN – “Ayah ibu tolong tolong, halalkan makan minum,”…. Hanya itu suara anak yang kedengaran dalam panggilan telefon kepada Haji Yusof Ali pada kejadian kepala air yang mengakibatkan kemusnahan yang bukan sedikit di daerah ini. Haji Yusof, pemilik Chalet Salak Denai di sini yang ketika itu berada di kawasan lain menyerahkan sepenuhnya kepada Allah untuk […]
Kepala air : Maahad Tahfiz Al Fityan terima sumbangan YADIM
YAN – Maahad Tahfiz Al Fityan di sini ialah antara institusi tahfiz di daerah ini tyerjeas teruk ekoran kejadian kepala air yang berlaku baru baru ini. Sebahagian besar perabot seperti kerusi, meja belajar, kemudahan surau rosak akibat kejadian berkenaan dan boleh dikatakan tidak boleh digunakan lagi. Turut membimbangkan pihak sekolah ialah sungai berdekatan pagar sekolah […]
Orang Asli Pulau Carey terima sumbangan SAY Kuala Langat
KUALA LANGAT – Sempena sambutan bulan kemerdekaan ke 64, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat diketuai pengerusinya Hasmawi Mahidin, telah mengadakan program kemerdekaan dan penyampaian sumbangan di Pulau Carey di sini. Program dijalankan di Kampung Sungai Judah bersama Tok Batin Daiman Peron selaku ketua masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut pada 31 Ogos. […]
Kerjasama YADIM – Persatuan Bekas Tentera santuni warga Taman Kempas
SUNGAI PETANI – Persatuan Bekas Pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (PBKKU Malaysia) sekali lagi bekerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah menyantuni komuniti kawasan ini. Kali ini di Taman Kempas di sini apabila 11 keluarga yang memerlukan disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian. Hujan yang turun tanpa henti tidak menghalang PBKKU dan YADIM Kedah […]