YADIM dokong usaha misi kemanusiaan Afghanistan
KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 8 November dijemput ke majlis Pelancaran Misi Kemanusiaan Afghanistan yang dianjurkan oleh Muslim Care Malaysia dengan kerjasama Yayasan Amal, One Nation, Isra’ dan Geng Talaqqi serta beberapa rakan selebriti seperti Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Hafiz Hamidon dan Ustaz Halim Hafiz. Misi Kemanusiaan yang dinamakan sebagai Care4Afghan ini […]
YADIM didik sukarelawan jadi pendakwah
SEREMBAN – Peserta sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) bukan sahaja membantu menggerakkan program kebajikan malah turut berperanan sebagai pendakwah dalam menyampaikan syiar Islam. Penolong Pengarah YADIM Negeri Sembilan, Hassanal Haris berkata, selain memainkan peranan sebagai sukarelawan dalam menyantuni golongan yang memerlukan, sukarelawan YADIM turut dididik untuk menjadi Da’i dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Beliau […]
SAY Kuala Langat ziarah kasih warga emas
BUKIT CHANGGANG – Meskipun kini banyak menumpukan perhatian kepada sumbangan pendidikan, namun program kebajikan tidak dilupakan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Pada 7 November mereka menziarahi keluarga seorang warga emas, pesakit buah pinggang di Tanah Rancangan Belia di sini. Turut diziarahi ialah keluarga seorang lagi warga emas di Dengkil yang bakal menjalani […]
Sumbangan Deepavali sempena Bulan Dakwah
PEKAN LAMA – Sehari sebelum masyarakat India menyambut Deepavali, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 3 November terus menyantuni rakan rakan daripada kaum tersebut yang kurang berkemampuan. Seramai 20 keluarga disantuni dengan pemberian barangan keperluan di sini. Program yang dijayakan bersama rakan badan bukan kerajaan ini, dihadiri oleh wakil Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai […]
20 kotak sumbangan untuk mangsa banjir DUN Bukit Lada
BUKIT LADA – Usai menyantuni mangsa banjir di Bukit Pinang, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bergegas pula ke kawasan ini. 20 kotak sumbangan disampaikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Yang Berhormat Ustaz Salim Mahmood untuk diagihkan kepada mangsa yang terlibat. Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria. […]
50 keluarga India terima sumbangan menjelang Deepavali.
SEBERANG JAYA – Sambutan Deepavali yang bakal menjelang tidak lama lagi, pasti lebih bermakna buat 50 keluarga di sini. Manakan tidak, mereka disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang menerusi pemberian barangan makanan pada 2 November. Program ini berlangsung di dewan makanan Kompleks Kuil Sri Radha Krishna di sini. 50 pek makanan untuk golongan […]
Mangsa banjir DUN Bukit Pinang disantuni YADIM Kedah
POKOK SENA – Hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan beberapa kawasan di sini, termasuk Bukit Pinang dilanda banjir. Prihatin dengan nasib penduduk, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah tampil menyalurkan bantuan untuk mengurangkan beban yang dihadapi mangsa. Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, telah menyampaikan 30 kotak kit sumbangan Musa’adah YADIM […]
YADIM Sabah, rakan strategik santuni seniman jalanan.
KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad, Sabah Buskers Community (SBC) dan Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) telah mengadakan Program Bersama Seniman Jalanan pada 31 Oktober 2021. Seramai 20 orang seniman jalanan menerima bantuan berupa bakul makanan sumbangan daripada Bank Islam Malaysia Berhad yang disampaikan […]
Naskhah Iqra’ untuk anak yatim oleh SAY Kuala Langat
TELOK PANGLIMA GARANG – Sesi persekolahan yang bakal bermula tidak lama lagi pasti memerlukan para pelajar dilengkapkan dengan pelbagai keperluan. Prihatin dengan situasi ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 31 November, mengagihkan sebanyak 15 set naskah IQRA’ 1-6 kepada anak-anak yatim di mukim ini. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, […]
Di situlah mereka makan, di situlah mereka tidur.
KUALA KEDAH – Tiada siapa yang mahu berdepan kesukaran dalam hidup, namun cabaran hidup suka atau tidak tetap perlu dihadapi. Bagi Shuhada Shuib dari Kampung Tepi Laut di sini, diuji apabila ditakdirkan menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU). Anak yang dilahirkannya juga merupakan seorang OKU. Meskipun begitu dia tetap tabah meneruskan hidup bersama suaminya, seorang nelayan. […]