SEBATI Madani Pulau Ketam
Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’ sebagai pengisian murabbi hari pertama. SIRI Terbaharu Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di Selangor kali ini diadakan di Pulau Ketam, Klang pada 26 dan 27 Februari. Pada 27 Februari, melalui kerjasama Bahagian Khidmat […]
Kunjungan YFBM ke YADIM
YADIM Sangat mengalu alukan sebarang pihak yang mahu menjalin kerjasama bagi menyantuni pelbagai lapisan masyarakat. Baru baru ini, Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah mengadakan kunjung hormat kepada Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus di ibu pejabat YADIM di Putrajaya bagi membincangkan cadangan kerjasama yang boleh dijalin antara kedua pihak. Mewakili YFBM ialah Ketua […]
SAY Kuala Langat santuni mualaf Orang Asli
SIJANGKANG – Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat meneruskan misinya setiap Jumaat mengagihkan makanan bermasak. Kali ini pada 4 Ogos mereka menyantuni 10 keluarga mualaf Orang Asli di Kampung Sungai Judah, Pulau Carey. Selain makanan, mereka turut menerima barangan keperluan dapur dan sedikit sumbangan wang tunai. Walaupun sekadar sumbangan kecil, namun tanda ingatan kepada penduduk kampung […]
Mahrajan Al-Quran & Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah Pasir Mas
PASIR MAS – Sebanyak 20 sekolah menengah dan 39 sekolah rendah menyertai Mahrajan Al-Quran & Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah anjuran bersama YADIM Kelantan dengan Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas pada 26 Julai. Hasil bilangan penyertaan yang sangat baik itu, program peringkat Pejabat Pendidikan Pasir Mas ini lantas menarik tajaan daripada pihak seperti Vita […]
Sumbangan YADIM kepada pelajar SK Bukit Abal, Pasir Puteh.
TERUS Menyantuni masyarakat, YADIM pada 26 Jun menyampaikan sumbangan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Abal, Pasir Puteh. Seramai 100 pelajar sekolah tersebut menerima sumbangan beg dan baju sekolah daripada Persatuan Kebajikan Islam Lembaga Hasil Dalam Negeri yang diselaraskan YADIM. Ia turut mendapat kerjasama Pertubuhan Komuniti Pasir Puteh dan Sukarelawan YADIM Pasir Puteh. Sumbangan tersebut […]
Sumbangan kepada 30 keluarga di Manggatal
YADIM menyantuni 30 keluarga asnaf yang memerlukan di Masjid An-Nur Kampung Rampayan, Manggatal pada 22 Jun. Diadakan sempena program Siaran Langsung Forum Anjung At Taqwa bersama Sabah.FM, sumbangan berkenaan disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus kepada wakil wakil keluarga berkenaan. Terdahulu forum selama sejam itu menampilkan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sahibul […]
Penyerahan naskhah Sirah Nabawiyah ke tiga maahad
PENYERAHAN Wakaf buku Sirah Nabawiyyah SAW terbitan YADIM diteruskan lagi pada 1 Jun. Kali ini YADIM menyerahkan buku wakaf berkenaan kepada Maahad Tahfiz Imam As-Syafie Bangi, Maahad Tahfiz Pondok Durani, Darul Ulum Al-Ittihadiyyah dan Maahad Tahfiz Orkeed Huffaz. Masing-masing menerima sumbangan wakaf buku sebanyak 3 unit. YADIM mengajak orang ramai turut menjayakan Projek Wakaf Buku […]
SAY Sabak Bernam sumbang kerusi roda untuk warga emas
SEKINCHAN – Tidak lagi mampu berjalan dan terpaksa bergantung kepada ahli keluarganya cukup menyukarkan untuk Puan Napisah Abdul Rahman, 91, dari Sungai Nibong, di sini. Saban hari memerlukan bantuan untuk menguruskan dirinnya… jika boleh sudah tentu beliau tidak mahu menyusahkan orang lain. Prihatin dengan keadaan beliau, Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam pada 4 Mac lalu […]
Sumbangan mangsa banjir Johor
SEGAMAT – Cakna dengan situasi semasa, YADIM ke Johor untuk menyantuni mangsa mangsa banjir di sana.. Lokasi pertama ialah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Tengah. YADIM menyumbang 200 pek makanan, 10 karton air mineral selain makanan sedia dimakan untuk mangsa banjir yang ditempatkan di pusat berkenaan. Perdana Menteri, Yang Amat […]
Pendaftaran, kemas kini STR bermula hari ini hingga 31 Mac
KUALA LUMPUR: Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibuka bermula 1 Mac sehingga 31 Mac 2023. Orang ramai boleh memohon secara dalam talian menerusi laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my atau secara manual atau fizikal dengan mendaftar di beberapa premis Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang ditetapkan. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, ia bagi memastikan […]