‘Jangan serah masa depan negara kepada ekstremis kaum, agama’
IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak menyerahkan masa depan negara kepada ekstremis kaum dan agama. Menurut baginda, setiap kaum perlu menghargai dan menghormati di antara satu sama lain. “Setelah 62 tahun mencapai kemerdekaan, suara perpaduan yang menyatukan warga dan suara kesederhanaan yang merangkum warga, jangan sama […]
Sultan Nazrin kurnia biasiswa kepada 10 pelajar
KUALA LUMPUR – Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah hari ini (3 Julai) berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2019 kepada 10 penuntut institusi pengajian tinggi di Istana Negara di sini. Kesemua penerima biasiswa itu dipilih oleh Jawatankuasa BYDPA untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi […]
Peluang pelajar tahfiz jadi imam Tarawih
IPOH – Kerajaan negeri akur dengan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang tidak membenarkan imam-imam dari luar negara menjadi imam solat tarawih di semua masjid di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi berkata, titah baginda perlu dipatuhi oleh semua pihak pentadbir masjid […]
Elak masjid jadi bangunan kaku, terpinggir
IPOH – Peranan masjid tidak tersisih walaupun kegiatan yang dahulu berlaku di dalam bangunan masjid, dipindahkan ke pelbagai premis baharu di luar rumah ibadat itu, titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Baginda bertitah, pada awal era perkembangan Islam, masjid memenuhi pelbagai peranan sebagai pusat pemerintahan, pentadbiran dan kehakiman di samping berfungsi sebagai […]
Pastikan titik hitam kejatuhan Melaka tidak berulang
MELAKA – Rakyat perlu menjadikan titik-titik hitam sejarah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka suatu ketika dahulu sebagai renungan agar ia tidak berulang pada masa akan datang. Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, amanat itu dizahirkan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Shah semasa berangkat ke negeri ini pada 12 Julai 1990, merupakan peringatan yang […]
Pemimpin tidak amanah sebabkan ummah sengsara
PUTRAJAYA – Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah pemimpin yang tidak amanah dan tidak berintegriti akan mengakibatkan ummah berada dalam sengsara. Titah Sultan Nazrin, kemiskinan ummah akan menjadi lebih buruk apabila pemimpin lebih mengutamakan agenda membina kekayaan material dengan mengambil dan menidakkan hak ummah secara tidak adil serta melalui kaedah yang meragukan. […]