Hormati Titah Agong, Jangan Jadikan Islam Polemik Politik – Mufti P.Pinang
GEORGE TOWN: Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya jangan jadikan agama Islam sebagai polemik politik perlu dihormati serta dipatuhi oleh semua rakyat negara ini, terutama pemimpin parti politik. Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata titah baginda itu tentunya lahir daripada keinsafan tentang betapa pentingnya kesucian agama […]
Ramadan medan insafi diri, imarahkan masjid – Sultan Selangor
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan umat Islam menjadikan Ramadan sebagai medan untuk menginsafi dan bermuhasabah diri. Baginda turut menasihati umat Islam untuk menjauhi perbuatan tercela seperti mengadu domba dan menyebar fitnah. “Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasullullah SAW bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk sedangkan […]
Sultan Selangor ulangi ingatan masjid dan surau bukan medan politik
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa memastikan masjid dan surau bebas dari segala unsur politik. Titah baginda, masjid dan surau sepatutnya menjadi medan penyatuan umat Islam dan bukan tempat membina jurang disebabkan berbeza fahaman politik. “Beta mengambil kesempatan secara […]
Mendaulatkan Islam, memperkasakan MKI
ALHAMDULILLAH, Beta bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat daripada-Nya juga, Beta dapat berangkat, seterusnya mempengerusikan MKI kali ke-69 yang Beta pengerusikan buat julung-julung kalinya ini. Pada hemat Beta, mesyuarat MKI yang diadakan pada pagi ini membuka satu lembaran baharu dalam usaha mendaulatkan Islam di Malaysia. Justeru, Beta juga ingin merakamkan sekalung penghargaan […]
Sultan Selangor titah nazir guna ICT pantau aktiviti masjid
KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan nazir di semua masjid seluruh negeri memperuntukkan sebahagian daripada kewangan masjid bagi menyediakan kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk merekod serta memantau semua aktiviti ceramah. Sultan Sharafuddin bertitah kelengkapan ICT di masjid akan memberi manfaat kepada pihak masjid dan ahli kariah kerana setiap perjalanan ceramah dibuat […]
Selangor kekal larangan guna kalimah ALLAH dalam Bible
SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menegaskan bahawa sebarang penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible terjemahan Bahasa Melayu atau penerbitan tulisan agama Kristian adalah dilarang di negeri ini. Sultan Sharafuddin mengulangi pendirian berkenaan kerana kalimah ALLAH adalah sesuatu yang suci bagi umat Islam dan hanya boleh digunakan merujuk kepada Tuhan Yang Maha […]
Sultan Selangor dukacita ada umat Islam permainkan agama
KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dan dukacita dengan sikap segelintir umat Islam sesuka hati mempermainkan agama, tanpa memikirkan perbuatan itu boleh menjejaskan akidah mereka. Baginda bertitah, apa juga iktikad atau pernyataan dalam hati, sama ada percakapan atau perbuatan oleh umat Islam yang berhasrat keluar agama, dikhuatiri membawa kepada kegelinciran akidah. […]