Terengganu benarkan solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat
KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan membenarkan solat fardu dan solat Jumaat diteruskan di semua masjid dan surau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Bagaimanapun, jemaah diingatkan agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada dan kehadiran jemaah mestilah mengikut kapasiti saiz masjid. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan […]
SOP majlis nikah diumum esok
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri bakal mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan yang baharu esok. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setakat ini belum ada kepastian sama ada SOP itu membabitkan pernikahan di rumah atau di pejabat jabatan agama […]
Aktiviti keagamaan di masjid, surau di Kedah dibenarkan
ALOR SETAR – Aktiviti keagamaan di masjid dan surau di Kedah dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tertentu. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, Mohd. Yusri Md. Daud berkata, antara ketetapan itu adalah masjid dan surau hanya akan dibuka satu jam sebelum waktu solat dan satu […]
Cadangan supaya surau R&R, pusat beli-belah boleh dibuka semula
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencadangkan masjid dan surau di zon hijau serta kuning, menyediakan ruang solat khusus kepada penghantar makanan, pemandu e-hailing dan orang bermusafir untuk menunaikan solat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu juga mencadangkan surau di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan surau di pusat […]
NS batal sambutan Maulidur Rasul
SEREMBAN – Aktiviti dan majlis peringkat negeri termasuk sambutan Maulidur Rasul 1442H di negeri ini, dibatalkan susulan peningkatan kes positif COVID-19. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata semua mesyuarat dan perhimpunan kerajaan negeri membabitkan kehadiran orang ramai dibatal atau ditangguhkan mulai Isnin ini. Katanya, penganjuran majlis perkahwinan perlu diberikan prosedur operasi standard (SOP) lebih […]
Hanya enam jemaah boleh hadir di masjid
Kuala Lumpur – Enam jemaah sahaja dibenarkan untuk menunaikan solat lima waktu di masjid di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula malam ini. Bagaimanapun, kerajaan turut membenarkan laungan azan dibuat bagi mengimarahkan masjid. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, enam jemaah itu akan […]
250,000 jemaah dibenarkan untuk umrah fasa kedua
RIYADH – Sebanyak 250,000 jemaah domestik akan dibenarkan menunaikan umrah pada fasa kedua sebagai sebahagian daripada lanjutan umrah dan lawatan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mulai Ahad ini. Para jemaah juga akan dibenarkan mengunjungi Rawdah Sharif dan kawasan masjid lama di Masjid Nabawi di Madinah mulai 18 Oktober dan seterusnya. Hani Al-Omairi, anggota Jawatankuasa […]
Aktiviti agama di masjid, surau di Johor dibenar mulai Jumaat ini
JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor membenarkan semua perhimpunan untuk tujuan aktiviti keagamaan di semua masjid dan surau di negeri itu bermula Jumaat ini, demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi. Katanya, kebenaran itu diperkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Ketua Agama Islam negeri mengikut peruntukan Fasal 57(A) Undang-Undang Tubuh […]
Maal Hijrah: Patuhi SOP, elak himpunan besar
KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sambil mengamalkan normal baharu dalam segala aktiviti yang dilakukan pada sambutan sesuatu perayaan termasuk Maal Hijrah, esok. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sempena cuti umum ramai yang mungkin merancang untuk pulang ke kampung serta mengambil kesempatan menziarahi saudara-mara dan […]
Kerajaan akan putuskan penganjuran sambutan Maal Hijrah dalam masa terdekat
NILAI – Kerajaan akan membuat keputusan sama ada sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020 dilaksanakan atau sebaliknya susulan masih terdapat penularan COVID-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata perbincangan mengenai perkara itu kini di peringkat akhir dan akan dimuktamadkan kelak. “Caranya mungkin kita hadkan peserta yang […]