Sultan Perak perkenan solat Jumaat di surau seluruh Perak
IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan solat Jumaat di Perak turut dibenarkan untuk dilaksana di semua surau yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), bermula Jumaat ini (10 Julai) susulan dari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ketua Pegawai Eksekitif MAIPk, Shahrul Azam Shaari, berkata titah perkenan itu adalah […]
Solat Jumaat hanya satu sesi
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) memutuskan hanya satu sesi solat Jumaat diadakan, sekali gus bertepatan dengan mazhab Shafie dan suasana negara ketika ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata berikutan itu, jemaah dibenarkan untuk menunaikan solat dalam […]
Warga asing masih tidak dibenar solat jemaah di masjid, surau
KUALA LUMPUR – Warga asing masih tidak dibenarkan untuk menunaikan solat secara berjemaah di masjid dan surau, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Katanya sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat untuk membenarkan warga asing solat berjemaah di masjid dan surau, pihaknya perlu meneliti laporan daripada pihak berwajib seperti […]
Boleh solat Jumaat lebih 250 orang di Melaka
MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membenarkan jemaah solat Jumaat di negeri ini melebihi 250 orang mulai esok. Bagaimanapun jemaah tetap disyaratkan supaya menjaga penjarakan sosial satu meter dengan jumlah maksimum jemaah adalah 40 peratus daripada kapasiti sebenar sesebuah masjid. Pengarah JAIM Datuk Md Azhan Samat berkata, walaupun bilangan jemaah adalah 40 peratus daripada […]
Masjid di Singapura sambung semula solat Jumaat, jemaah bermula 26 Jun
SINGAPURA – Masjid di Singapura akan menyambung semula solat Jumaat dan solat berjemaah setiap hari mulai 26 Jun, dengan maksimum 50 jemaah setiap sesi di setiap masjid. Dalam laman webnya, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memaklumkan pihaknya akan terus mengambil pendekatan berhati-hati untuk memastikan masjid kekal selamat dan mematuhi sepenuhnya garis panduan nasional. Menurut MUIS, […]
Solat jemaah, Jumaat dan aktiviti keagamaan dibenarkan di Kelantan
KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat jemaah lima waktu, solat Jumaat dan aktiviti masjid serta surau dilaksanakan seperti biasa di negeri ini walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berkuat kuasa. Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohammad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran tersebut berkuat kuasa […]
Kedah benar solat Jumaat, fardu berjemaah mulai Jumaat ini
ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan membenarkan solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah diadakan di semua masjid dan surau di Kedah bermula Jumaat ini. Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang berkata, bilangan minimum jemaah adalah sekurang-kurangnya 40 orang dan maksimum 60 orang bagi solat Jumaat sementara maksimum 40 jemaah dibenarkan untuk […]
Terharu dapat peluang Solat Jumaat
PUTRAJAYA – Umat Islam sekitar pusat pentadbiran ini, melahirkan rasa syukur kerana berpeluang menunaikan Solat Jumaat di Masjid Putra di sini, selepas lebih tiga bulan tidak dapat berbuat demikian kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengekang penularan COVID-19. Tinjauan mendapati, jemaah mula berbaris di luar pintu masuk sejak jam 11.30 pagi bagi mendapatkan giliran masing-masing. Jemaah […]
Solat Jumaat jemaah dibenar dengan kapasiti 1/3 di Wilayah Persekutuan
PETALING JAYA – Putrajaya hari ini (11 Jun) bersetuju untuk membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan berjemaah dengan kapasiti 1/3 di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan bermula 12 Jun berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau sendiri sudah mengadap Yang di-Pertuan Agong […]
Solat jemaah, Jumaat dan status haji diketahui Khamis ini
PUTRAJAYA – Isu bagi solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPB) akan diumumkan pada Khamis ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan perlu dibuat berdasarkan ketertiban yang diamalkan di negara ini. Jelas beliau ini kerana perbincangan khusus […]