Melaka tamatkan kebenaran solat Jumaat di 228 surau
MELAKA – Kerajaan negeri bersetuju menamatkan kebenaran mendirikan solat Jumaat secara sementara di 228 buah surau berkuat kuasa Jumaat depan. Mufti negeri, Datuk Halim Tawil berkata, perkara itu diputuskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali minggu lepas. Menurutnya, berikutan itu Jumaat ini merupakan hari terakhir bagi […]
Tetapan baharu had jemaah solat Jumaat, fardu di Selangor
SHAH ALAM – Selangor membenarkan sehingga 1,000 jemaah bersolat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), manakala 500 jemaah bagi masjid lain dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2. Ketetapan baharu itu yang berkuat kuasa hari ini, dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sehingga suatu tempoh yang akan ditentukan kelak. Dalam […]
PUM sokong semak balik had bilangan jemaah
PUTRAJAYA – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyambut baik usaha pihak kerajaan untuk menyemak kembali had bilangan kehadiran jemaah di masjid dan surau di seluruh negara. Yang Dipertuanya, Datuk al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, langkah diambil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu selaras perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN). “Semakan semula ini amatlah wajar kerana timbul […]
100 orang boleh hadir solat Jumaat di Selangor
SHAH ALAM – Seramai 100 jemaah dibenarkan hadir ke masjid di seluruh Selangor bagi menunaikan solat Jumaat susulan penurunan kes harian jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan sekitar 4,000 sehari dan ke bawah. Malah, bagi solat fardu lima waktu, seramai 50 jemaah dibenarkan hadir ke masjid dan surau pada satu-satu masa dan semua jumlah kehadiran itu adalah […]
Masa khutbah, solat Jumaat di Sabah dipendekkan
KOTA KINABALU – Masa khutbah dan solat Jumaat di Sabah dipendekkan masing-masing kepada maksimum 10 dan tujuh minit, bermula hari ini (28 Mei), bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19. Prosedur operasi standard (SOP) baharu itu diputuskan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) sebagai panduan pelaksanaan aktiviti di masjid dan surau ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat […]
Solat Jumaat luar masjid mufti perlu bincang dengan JAKIM
PETALING JAYA – Mufti negeri perlu berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dahulu sebelum mengeluarkan fatwa khusus berhubung solat Jumaat di luar pagar masjid. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri berkata, mufti-mufti negeri telah menjawab persoalan itu namun sebarang keputusan mengenai fatwa perlu menjalani sesi perbincangan terlebih dahulu. Katanya, mufti negeri tidak membuat keputusan […]
Solat Jumaat, fardu dibenarkan di KL, Putrajaya, Labuan dengan kapasiti jemaah separuh
KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuat ketetapan untuk membenarkan perluasan kapasiti jemaah solat Jumaat kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid dan surau Jumaat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan penjarakan fizikal sejauh 1.5 meter, berkuatkuasa esok (5 Februari). Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, jemaah […]
Perlis benar solat Jumaat di masjid, tetapi bersyarat
KANGAR – Solat Jumaat di semua masjid di negeri ini dibolehkan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun tertakluk syarat ditetapkan. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah jemaah solat Jumaat mestilah terdiri anak kariah termasuk imam dan khatib, dengan tidak melebihi kapasiti maksimum mengikut saiz masjid serta tidak kurang tiga orang […]
Solat Jumaat pertama di Hagia Sophia, 24 Julai ini
ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan umat Islam akan bersolat Jumaat yang pertama, di Hagia Sophia selepas Mahkamah Tinggi membatalkan status muziumnya, pada 24 Julai ini. “Dengan kuasa Tuhan, kita akan melakukan solat Jumaat bersama-sama pada 24 Julai dan membuka Hagia Sophia untuk beribadah. “Seperti semua masjid kita, pintu Hagia Sophia akan dibuka […]
Masjid, jemaah solat Jumaat patuh SOP
KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan membenarkan lebih ramai jemaah melaksanakan solat Jumaat berjalan lancar, apabila lebih 2,500 masjid dan hampir 300,000 jemaah yang dipantau semalam, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau pematuhan SOP solat Jumaat di 2,507 masjid seluruh negara, membabitkan […]