Dialog Silang Budaya Masjid Sultan Iskandar
SERAMAI 63 orang dewasa 80 kanak – kanak berbangsa Tionghua menyertai Program Dialog Silang Budaya Membentuk Masyarakat Madani di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn pada 8 Julai. Mereka diberikan penerangan berkaitan Islam khususnya mengenai wuduk dan solat. selain ditunjukkan secara praktikal mengenainya. Para pelawat ini juga dibawa melawat ruang utama solat masjid dan Islamic […]
Dialog silang budaya Malaysia Hong Kong
YADIM Johor bersama rakan strategik Waqaf Annur Corporation, MACMA Cawangan Johor dan PERKIM Cawangan Johor diberi peluang menyusun program sempena program silang budaya Malaysia Hong Kong anjuran Southern University College pada 15 Jun. Ia bertujuan menghilangkan salah faham berkenaan Islam dan menyampaikan keindahan agama ini. Seramai 51 pelajar bukan Muslim berbangsa Cina menyertai program ini […]
Kunjungan dan sesi dialog ADMY bersama Kuil Thirumurugan Alaya Paribalana Sabai
KUALA LUMPUR –Selepas dialog dengan wakil komuniti Budha dan Kristian, 28 pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) pada 5 Oktober berkunjung pula ke Kuil Thirumurugan Alaya Paribalana Sabai di sini. Seperti sebelum ini, sesi dengan pihak Hindu ini diadakan dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan, Global Unity Network. Para pelatih yang berkunjung ke kuil telah […]
Silang budaya dan agama: Pelatih ADMY adakan sesi dialog bersama wakil Budha, Kristian
KAJANG – Dengan fokus untuk melahirkan pendakwah yang benar benar berkeupayaan, pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) didedahkan dengan program lapangan yang melatih mereka dalam keadaan dunia sebenar. Antara latihan tersebut ialah untuk berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat bagi mewujudkan suasana harmoni dan dakwah yang berkesan. Untuk itu pada 4 Oktober, 28 pelatih ADMY telah […]
Program silang budaya, dialog sesuai anjuran YADIM
GEORGETOWN – Program berbentuk silang budaya melibatkan pelbagai bangsa dilihat amat sesuai dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Pulau Pinang. Pegawai Khas di Pejabat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tabiin Sahri berkata, dengan demografi penduduk Pulau Pinang yang pelbagai, program berbentuk silang budaya adalah bertepatan jika dianjurkan YADIM bagi mempromosi keharmonian antara kaum. […]
Cadangan perkenal subjek khusus kenali agama lain ditolak
KLUANG – Cadangan Majlis Belia Malaysia (MBM) supaya diperkenalkan satu subjek khusus bagi mengenali agama lain, selain agama Islam di sekolah dan pusat pengajian tinggi (IPT) tidak dipersetujui oleh Kementerian Pendidikan. Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, bagaimanapun beliau konsisten dengan cadangan kementerian sebelum ini yang mahukan setiap sekolah dan universiti lebih kerap mengadakan program rentas […]