Program Sumbangan SAY Kuala Langat
KEBUN BHARU – Seorang mangsa kejadian ribut yang melanda kampung ini baru baru ini menerima sumbangan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Sumbangan pada 18 April itu disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin. Pada hari yang sama juga, pasukan ini menyampaikan sumbangan kepada […]
Agihan juadah berbuka puasa SAY Kuala Langat
SIJANGKANG – Memasuki hari kedua Ramadan pada 14 April, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat konsisten giat menyantuni mereka yang memerlukan di daerah ini. Selepas menyampaikan sumbangan kepada 12 keluarga semalam, kini empat lagi keluarga di sini disantuni mereka. Kesemua menerima sumbangan juadah berbuka puasa bertujuan memberi keceriaan kepada asnaf asnaf yang memerlukan […]
Sumbangan Rezeki/Prihatin Ramadhan SAY Kuala Langat
TELOK PANGLIMA GARANG – Ramadan kian hampir dan Sularelawan YADIM (SAY) Kuala Langat semakin giat melaksanakan program pra Ramadan mereka. Pada 10 April SAY Kuala Langat menziarahi 12 pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan di Pusat Dialisis Sijangkang di sini. Kesemuanya menerima barangan keperluan harian, buah kurma dan sedikit sumbangan wang tunai. Pada hari yang […]
Tahlil Perdana Dan Sumbangan Untuk Anak Yatim Oleh SAY Kuala Langat
SIJANGKANG – Bertempat di Rumah Pertubuhan Anak-anak Yatim Sijangkang di sini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat telah mengadakan satu program bagi menyantuni penghuni pusat tersebut. Program pada 4 April itu menyaksikan SAY Kuala Langat menyampaikan sumbangan untuk 30 anak yatim menerusi pemberian barangan keperluan harian dan buah kurma. Setiausaha Sukarelawan YADIM Rawang, […]
Sumbangan untuk anak yatim dan ibu tunggal dari Sukarelawan YADIM Kuala Langat
SIJANGKANG – Minggu ini Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat melaksanakan program menyantuni masyarakatnya di dua lokasi. Program pertama diadakan di sekitar Dewan Undangan Negeri Sijangkang apabila dua keluarga miskin menerima sumbangan barangan keperluan harian. Turut disantuni ialah Rumah Anak Anak Yatim Sijangkang yang juga menerima barangan keperluan harian. Program kemudiannya diteruskan di […]
Sumbangan untuk warga emas dan pesakit kanser
SIJANGKANG – Istiqamah dalam menyantuni masyarakat. Demikian yang boleh disimpulkan terhadap usaha menyantuni masyarakat oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat. Meskipun dalam skala kecil, namun program yang dilaksanakan kekal konsisten sepanjang masa. Terbaharu pada 13 Februari, mereka telah menyampaikan sumbangan kepada seorang pesakit kanser usus tahap empat di sini serta dua warga […]
5 keluarga terima sumbangan Sukarelawan YADIM Kuala Langat
SIJANGKANG- Pada 2 Februari, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Kuala Langat telah menyantuni lima keluarga di sekitar kawasan ini. Diketuai pengerusinya, Hasmawi Mahidin, mereka telah menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga di Sijangkang dan satu keluarga di Kebun Bharu. Mereka yang disantuni terdiri golongan asnaf, warga emas dan pesakit kronik. Kesemuanya menerima sumbangan barangan dapur dan […]
Ziarah Kasih SAR di Sijangkang
SIJANGKANG – Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat pada 17 Mei telah menyantuni golongan yang memerlukan di kampung ini. Sebanyak tujuh keluarga telah menerima sumbangan barangan keperluan dan wang tunai dalam program kali ini. Sumbangan kecil ini sedikit sebanyak diharap dapat meringankan beban mereka yang akan […]
Program Ziarah kasih dan pengagihan zakat
KEBUN BHARU – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat pada 11 Mei telah melaksanakan programm Ziarah Kasih dan Pengagihan Zakat kepada penerima yang layak di sekitar Kampung Batu 9 Kebun Bharu di sini Seramai 17 buah rumah telah diziarahi. Antara yang turun padang dalam program ini ialah Setiausaha SAR Selangor, Hanizah Sumiri serta empat […]
100 keluarga Kuala Langat, Kapar terima sumbangan Musa’adah Covid-19 YADIM
SIJANGKANG – Program menyantuni masyarakat Musa’adah Covid-19 YADIM diteruskan lagi pada 1 April. Kali ini sebanyak 100 keluarga dari Kuala Langat dan Kapar menerima agihan barangan keperluan tersebut. Selain asnaf yang memerlukan, program ini turut memberi manfaat kepada tujuh keluarga bukan Muslim, 20 muallaf serta orang Asli, dengan peruntukan sebanyak RM20,000. Gimik penyerahan yang diadakan […]