Agong zahir takziah kepada keluarga Ketua Pengarah Jakim
BANGI – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Allahyarham Datuk Paimuzi Yahya yang meninggal dunia tengah hari tadi. Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, Seri Paduka turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Paimuzi, dan berharap seluruh keluarga tabah menghadapi […]
Agong zahir penghargaan kepada Wisma Putra
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada warga Wisma Putra khususnya pegawai dan petugas kedutaan Malaysia di luar negara serta Pasukan Petugas Covid-19 Kementerian Luar dalam usaha membantu rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara ekoran penularan wabak berkenaan. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad […]
Agong titah masjid seluruh negara adakan solat hajat
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kesemua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat memohon ihsan Allah SWT supaya memelihara rakyat daripada sebarang penyakit yang tidak diingini. Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, ia berikutan peningkatan penularan wabak 2019 Novel […]
Agong, Raja Permaisuri titah rakyat Malaysia jaga keselamatan, kesihatan diri
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan rakyat Malaysia agar memberikan keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan diri susulan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang melanda beberapa negara termasuk Malaysia, ketika ini. Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang menzahirkan kebimbangan berikutan pengesanan empat […]
30 Julai cuti umum Hari Pertabalan YDPA
KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memutuskan Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI pada 30 Julai 2019 sebagai cuti umum seluruh negara. Ketua Setiausaha Negara, Dr.Ismail Bakar berkata, pengisytiharan hari kelepasan am tamabahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala, […]