Lestari dakwah YADIM – PROFIMA
PUTRAJAYA – YADIM dan Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (PROFIMA) sekali lagi bertemu pada 10 Julai untuk berbincang, bertukar fikiran dalam usaha bersama untuk mengadakan inisiatif menyantuni masyarakat. Ini merupakan mesyuarat susulan bagi memperincikan lagi bentuk program dan kerjasama antara kedua pihak ini. Antara yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat termasuklah program program secara dalam […]
Iftar bersama Penggiat Seni Malaysia
KUALA LUMPUR – Bertujuan menyantuni penggiat seni dan menjadikan seni sebagai jalan dakwah, YADIM pada 10 April mengadakan majlis Iftar bersama Penggiat Seni Malaysia di Kuala Lumpur Dalam ucapan aluannya, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Haji Zamri Zainal Abidin berkata, badan dakwah ini sedia menjadi jambatan antara kerajaan dan penggiat seni, sekiranya timbul sebarang isu yang […]
Mengapa melenting belajar jawi, disuruh nyanyi Negaraku?
Satu hantaran di laman Facebook Kelab Penyokong Imigresen Malaysia mendapat perhatian ramai apabila mengongsikan kisah tentang ‘padah’ tidak menguasai bahasa kebangsaan ketika memperbaharui pasport. Cerita yang memetik laporan Sinchew Daily itu berkisar tentang seorang ibu yang memberitahu tiga anak remajanya telah diminta oleh pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk menyanyikan lagu kebangsaan dan membaca Rukun […]
Jawi hanya tiga muka surat, tidak akan ubah Bahasa Melayu
KUALA LUMPUR – Pelaksanaan tulisan Jawi akan hanya melibatkan pembelajaran tiga muka surat di dalam buku mata pelajaran Bahasa Melayu untuk tahun empat, lima dan enam. Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan (KPM), Dr Habibah Abdul Rahim berkata, tiga muka surat itu tidak akan merubah pembelajaran dalam Bahasa Melayu. Malah, katanya tulisan itu hanya akan […]
Hargai Jawi, tak perlu jadi Islam, kata permaisuri
PETALING JAYA – Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mempertahankan kenyataannya yang memuji keindahan tulisan Jawi dan kesenian Islam selepas “ditegur” salah seorang pengikutnya di Twitter. Tuanku Azizah berkata sesiapa pun boleh menghargai dua perkara itu tanpa perlu menukar agama menjadi Islam. “Tiada yang rasis, saya bercakap tentang keindahan Jawi dan […]
Khat, tulisan jawi adalah seni, bukan agama
PUTRAJAYA – Khat dan tulisan Jawi adalah seni yang tidak mempunyai kaitan dengan aspek keagamaan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun mengambil maklum keresahan sesetengah pihak terutama masyarakat Tionghua berhubung keputusan kerajaan memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat menjelang tahun depan. “Memang […]
Belajar khat Jawi tak gugat agama – Lim Swee Tin
KUALA LUMPUR – Mempelajari seni khat atau tulisan jawi sama sekali tidak akan menggugat pegangan agama, itu penegasan sasterawan Prof Madya Dr Lim Swee Tin. Lim yang juga pejuang bahasa berpandangan seni khat atau tulisan jawi bukanlah suatu bahasa malah tidak ada kena mengena dengan agama atau ajaran al-Quran. “Saya lahir di Bachok, Kelantan pada […]
Aktiviti seni dan hiburan perlu dikawal nilai moral dan agama
PULAU PINANG – Aktiviti kesenian dan hiburan perlu dikawal dengan nilai-nilai moral serta agama kerana kegiatan seni dan hiburan yang terlepas daripada kawalan akan menjerumuskan manusia ke jurang kemusnahan. Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, ini kerana aktiviti seni mampu mendorong ke arah ketinggian sebagaimana ia juga mampu mengheret ke […]