Lagi artis dan selebriti sertai program komuniti YADIM
HULU LANGAT – Niat melaksanakan pekerjaan baik InsyaAllah dipermudahkanNya dan akan berjalan lancar. Sebagai salah satu usaha melestari gerakan dakwah di negara ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) baru baru ini melancarkan pasukan Sukarelawan Selebriti YADIM bagi menarik orang ramai menyertai aktiviti kesukarelawanan. Alhamdulillah, ia mendapat sambutan sangat baik apabila ramai artis menyertai gerakan ini […]
Yadim salur peruntukan segera RM500,000 untuk mangsa banjir
MELAKA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah menyalurkan peruntukan segera berjumlah RM500,000 dalam pelbagai bentuk bagi membantu meringankan beban mangsa banjir, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Beliau berkata, peruntukan berkenaan termasuk wang tunai berjumlah RM20,000 kepada negeri yang terjejas banjir, barangan keperluan dan pembukaan Dapur Rakyat di kawasan terjejas banjir. […]
Kembara Dakwah Selebriti di Kampung Tengah
KUALA PERLIS – Selepas Rumah Kanak Kanak Atau, program dakwah bersama selebriti anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis diteruskan ke Kampung Tengah di sini pada 26 November. Di perkampungan nelayan ini, seramai 20 asnaf yang memerlukan menerima sumbangan kit makanan daripada YADIM Perlis dalam program YADIM Peduli ini. Mereka turut menerima pek minuman air […]
Rilex with YADIM bersama selebriti ARAU – Program melibatkan selebriti tidak dinafikan memberi kesan lebih baik kepada masyarakat ekoran pengaruh dimiliki mereka. Mengambil faedah atas kelebihan itu, seramai 60 penghuni Rumah Kanak Kanak Arau di sini menerima sesi motivasi melibatkan beberapa selebriti bagi membina keyakinan diri mereka pada 26 November. Program Kembara Dakwah Bersama Selebriti […]
Free market untuk penduduk Taman Ampangan
SEREMBAN – Selepas Tanjung Dahan, Melaka, free market anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diadakan pula di Surau Musa’bul Khair, Taman Ampangan di sini. Dengan kerjasama penduduk tempatan dan rakan rakan badan bukan kerajaan, ia membantu mereka yang memerlukan dengan pemberian sayuran dan lain lain barangan dapur setiap Jumaat atau Ahad secara percuma. Ia dibuka […]
Zulkifli ingatkan pendakwah selebriti jaga imej
SEPANG – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berharap kejadian kes jenayah membabitkan pendakwah selebriti di Malaysia tidak berlaku lagi pada masa hadapan. Tegas beliau, perbuatan jenayah dilakukan segelintir mereka akan memberi persepsi buruk terhadap keseluruhan golongan pendakwah selebriti. “Tolonglah jaga, termasuk diri saya. Saya ‘tok sey’ […]
Menteri agama jumpa selebriti dakwah esok
PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri akan mengadakan pertemuan dengan selebriti dakwah esok bagi menyampaikan mesej kerajaan dan menjaga nama baik agamawan. Pertemuan itu susulan seorang selebriti ‘dakwah’, yang juga seorang peserta program realiti TV, didakwa di mahkamah atas tuduhan jenayah melibatkan beberapa mangsa. Pertemuan […]