Proses cerai ‘fast track’ elak ‘wanita digantung tidak bertali’

SHAH ALAM – Proses kerja kes cerai ‘fast track’ yang diperkenalkan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bukan untuk menggalakkan masyarakat Islam di negeri ini bercerai hingga menyumbang kepada kadar kes yang tinggi. JAKESS dalam satu kenyataan berkata, kesan inisiatif ini dilihat menggalakkan para suami bagi sesuatu perkahwinan yang telah pecah belah untuk menceraikan isteri secara […]

Kadar zakat fitrah Selangor kekal RM7

SHAH ALAM – Kadar zakat fitrah bagi Selangor kekal RM7 seorang tahun ini, menurut kenyataan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Kenyataan itu menyebut kadar itu ditetapkan berdasarkan harga beras semasa bagi beras Super Tempatan Gred A. “Bagi golongan berkemampuan, mereka boleh memilih untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan bagi diri sendiri dan tanggungan,” […]

Farhatul Fairuzah juara tilawah antarabangsa pada usia 19 tahun

KUALA LUMPUR – Sedap mata memandang, sedap juga telinga mendengar. Nama Nor Farhatul Fairuzah Panut menjadi sebutan selepas menjuarai Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa, pada Sabtu. Dikongsikan serba sedikit berkenaan gadis berusia 19 tahun ini, dan semoga ia mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda lain untuk mencontohi kecintaan Farhatul terhadap al-Quran. Farhatul merupakan anak bongsu […]

Dua beradik johan dan naib johan qariah

SEREMBAN – Dua beradik yang mewakili dua negeri berlainan muncul johan dan naib johan qariah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2019M di Dewan Perbandaran Seremban di sini. Nor Farhatul Fairuzah Panut, 19, dari Negeri Sembilan diumumkan sebagai johan qariah manakala kakaknya, Nor Faizah Panut, 30, yang mewakili Selangor diumumkan sebagai naib […]

Sultan Selangor arah tutup sekolah tahfiz tak berdaftar

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengarahkan pihak berkuasa menutup sekolah tahfiz yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan tidak mempunyai kokurikulum serta sistem pendidikan akademik moden. “Pendidikan tahfiz di Selangor menarik minat ramai ibu bapa dan pelajar. “Di Selangor sahaja, terdapat 15,000 pelajar tahfiz di 263 sekolah tahfiz […]

Peruntukan imbuhan, elaun imam, Guru Kafa dan Guru Takmir Selangor

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini menyerahkan peruntukan kerajaan Persekutuan sejumlah RM42,066,000 bagi pembayaran imbuhan kepada imam, alaun guru Kelas Agama Fardu Ain (Kafa) dan Guru Takmir bagi tahun ini di Selangor. Penyerahan peruntukan itu telah diserahkan oleh Datuk Seri Dr Mujahid Yusof kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam […]

Bukit Aman tahan 7 suspek pengganas

BANGI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap tujuh suspek, termasuk lima warga tempatan kerana disyaki terbabit dalam kumpulan pengganas. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, semua suspek berkenaan ditahan oleh Bahagian Menentang Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman dalam operasi antara 19 hingga 28 November lalu di Kelantan, Selangor, Sabah dan Kedah. Dalam […]

Selangor larang beri penyedut minuman plastik

SHAH ALAM – Bermula tahun depan, penyedut minuman plastik tidak akan diberi secara automatik di Selangor, sebaliknya hanya atas permintaan pelanggan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hee Loy Sian berkata bagaimanapun tiada caj akan dikenakan ke atas penggunaan penyedut minuman plastik itu. Pengusaha restoran […]

Selangor sedia wujudkan ‘pembantu guru’ sekolah agama, kata MB

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk mewujudkan jawatan “pembantu guru” bagi sekolah rendah agama di bawah kendalian kerajaan negeri. Bagaimanapun beliau berkata, perkara tersebut perlu dibuat kajian terlebih dahulu sebelum diwujudkan jawatan berkenaan. “Saya nak maklumkan dasar kerajaan negeri tak boleh terlalu tergesa-gesa. Kita akan melihat keutamaan […]

The Herald tidak dibenarkan guna kalimah Allah

PUTRAJAYA 21 Jan. – Pertikaian isu kontroversi berhubung penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald terbitan bahasa Melayu dimuktamadkan apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh Gereja Roman Katolik. Ini bermakna pihak gereja dilarang sama sekali menggunakan kalimah suci itu dalam penerbitan The Herald versi bahasa Melayu sebagaimana yang diputuskan […]