Exco Selangor cabar buktikan dakwaan undang-undang syariah bakal lenyap
SHAH ALAM – Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah mencabar individu di sebalik ciapan di aplikasi X, tampil menjelaskan dakwaan kononnya undang-undang jenayah syariah bakal lenyap dan perkara itu sudah berjaya dilakukan di negeri ini. Beliau berkata tuduhan itu adalah fitnah dan dilihat seperti bersifat kebudak-budakan demi publisiti murahan. “Saya […]
Penyelaras baharu YADIM untuk Selangor dan Negeri Sembilan
PROGRAM Program YADIM di Selangor dan Negeri Sembilan bakal diperhebatkan lagi selepas ini menerusi jalinan kerjasama bersama rakan strategik seperti jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi, komuniti, tokoh masyarakat dan badan bukan kerajaan. Badan dakwah ini telah melantik dua penyelaras yang baharu bagi kedua negeri tersebut. Kedua tenaga muda tersebut yang diharap membawa idea segar dakwah […]
Ramadan medan insafi diri, imarahkan masjid – Sultan Selangor
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan umat Islam menjadikan Ramadan sebagai medan untuk menginsafi dan bermuhasabah diri. Baginda turut menasihati umat Islam untuk menjauhi perbuatan tercela seperti mengadu domba dan menyebar fitnah. “Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasullullah SAW bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk sedangkan […]
Sultan Selangor ulangi ingatan masjid dan surau bukan medan politik
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa memastikan masjid dan surau bebas dari segala unsur politik. Titah baginda, masjid dan surau sepatutnya menjadi medan penyatuan umat Islam dan bukan tempat membina jurang disebabkan berbeza fahaman politik. “Beta mengambil kesempatan secara […]
Sultan Selangor titah nazir guna ICT pantau aktiviti masjid
KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan nazir di semua masjid seluruh negeri memperuntukkan sebahagian daripada kewangan masjid bagi menyediakan kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk merekod serta memantau semua aktiviti ceramah. Sultan Sharafuddin bertitah kelengkapan ICT di masjid akan memberi manfaat kepada pihak masjid dan ahli kariah kerana setiap perjalanan ceramah dibuat […]
Muazin Masjid Negeri Selangor juara tilawah al-Quran Braille
KUALA LUMPUR – Muazin Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Mohamad Syafiizwan Mohd Suhaini muncul juara qari Majlis Tilawah Al-Quran Braille (MTQB) 2022 yang disertai 32 peserta orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan. Pemuda berusia 22 tahun yang berasal dari Kapar, Selangor itu berkata, kecacatan penglihatan semenjak kecil bukan halangan membaca al-Quran. Menurutnya, hampir setahun […]
SAY Sabak Bernam terlibat jayakan pengiktirafan Malaysia Book of Records
SEPANG – Selain menyantuni masyarakat secara langsung, Sukarelawan YADIM Sabak Bernam juga tidak melupakan program berbentuk kebudayaan sebagai salah satu bentuk dakwah. Bagi mencapai tujuan itu, mereka telah menyertai program Fiesta Nasi Ambeng Tradisional Selangor 2022 di Pantai Bagan Lalang di sini pada 27 November. Ia diadakan Majlis Kebudayaan Negeri Selangor sebagai satu program kebudayaan […]
Tetapan baharu had jemaah solat Jumaat, fardu di Selangor
SHAH ALAM – Selangor membenarkan sehingga 1,000 jemaah bersolat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), manakala 500 jemaah bagi masjid lain dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2. Ketetapan baharu itu yang berkuat kuasa hari ini, dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sehingga suatu tempoh yang akan ditentukan kelak. Dalam […]
100 orang boleh hadir solat Jumaat di Selangor
SHAH ALAM – Seramai 100 jemaah dibenarkan hadir ke masjid di seluruh Selangor bagi menunaikan solat Jumaat susulan penurunan kes harian jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan sekitar 4,000 sehari dan ke bawah. Malah, bagi solat fardu lima waktu, seramai 50 jemaah dibenarkan hadir ke masjid dan surau pada satu-satu masa dan semua jumlah kehadiran itu adalah […]
Selangor benarkan akad nikah mulai 1 Julai
SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan majlis akad nikah dilaksanakan di negeri itu mulai 1 Julai depan. JAIS menerusi kenyataan di Facebooknya berkata, majlis akad nikah itu dibenarkan dilaksanakan di pejabat JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) sahaja. Menurutnya, hanya bakal pengantin yang telah mendapat tarikh temu janji dibenarkan […]