Bayt Al Ikhlas percuma untuk anak yatim, miskin
LUMUT 14 Jan. – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewujudkan sekolah tahfiz menggunakan kurikulum pendidikan antarabangsa secara percuma khusus untuk anak yatim dan golongan miskin. Malah, penubuhan sekolah yang diberi nama Bayt Al Ikhlas itu turut memberi penekanan kepada pembelajaran empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Arab dan Mandarin bagi melahirkan golongan huffaz berketrampilan tinggi. […]