Tabung Haji sedia urus keselamatan, kesihatan jemaah haji
KUALA LUMPUR – Meskipun ibadah haji ditangguhkan dua kali akibat wabak Covid-19 yang melanda dunia, Tabung Haji (TH) tetap meneruskan persiapan haji dengan mengambil kira situasi pandemik dan perkembangan semasa di Arab Saudi. Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, perancangan dan persiapan itu telah dilaksanakan sejak musim haji […]
MUIP sedia RM5.25 juta untuk 19,405 pemohon BPZ
KUANTAN – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) meluluskan permohonan Bantuan Prihatin Zakat (BPZ) sebanyak RM5.25 juta kepada 19,405 pemohon yang layak. Bantuan sekali bayar yang kali pertama diperkenalkan itu memberi peluang kepada individu yang layak menerima antara RM200 hingga RM300. Ketua Unit Pembiayaan Zakat Muip, Mohd Nasrul Hakim Mat Daut berkata, […]
Malaysia bersedia jalin kerjasama tingkatkan industri halal
KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia menjalin kerjasama dengan negara luar, terutama ASEAN, bagi meningkatkan industri halal, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, saranan itu bukan hanya meliputi produk makanan halal tetapi juga perlu diperluaskan kepada produk halal lain seperti perubatan dan sumber utama berkaitan. “Sebagai Pengerusi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Malaysia menyeru […]
Bank Islam, KPWKM sedia platform pembayaran bantuan kebajikan secara digital
KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bekerjasama menyediakan platform pembayaran bantuan kebajikan secara digital kepada penerima bantuan di bawah KPWKM. Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Mohd Muazzam Mohamed berkata platform itu akan menyediakan pembayaran secara sistematik dengan menggunakan kad debit di semua terminal peniaga. Katanya langkah […]
Malaysia sedia benarkan jemaah tunai umrah, bergantung situasi semasa
PARIT – Tiada masalah untuk membenarkan jemaah Malaysia menunaikan umrah namun ia bergantung kepada situasi semasa penularan COVID-19 dalam negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pihaknya menyambut baik segala keputusan yang bakal dilaksanakan Arab Saudi namun lebih mengutamakan kemaslahatan dan dari segi kesihatan. “Jadi, kalau […]
Tapak perkuburan Islam baharu seluas 21 hektar di Nilai
SEREMBAN – Tapak perkuburan seluas 21 hektar telah disediakan untuk kegunaan umat Islam di Kampung Sungai Mahang, Batang Benar dekat Nilai di sini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, J. Arul Kumar berkata, tapak perkuburan itu disediakan oleh pemaju Bandar Baru Nilai (BBN) sebagai salah satu syarat dalam memajukan […]
Bakal haji harus sedia berdepan bencana
SEPANG – Pengendali kursus Ibadat Haji disaran supaya memberikan penerangan terperinci mengenai situasi sebenar dan cabaran yang bakal dilalui bakal-bakal haji semasa berada di Tanah Suci dalam kursus-kursus kendalian mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata gambaran sebenar termasuk kemungkinan bencana perlu diterangkan supaya bakal-bakal haji dan keluarga bersedia dengan […]