180 Jalur Gemilang Diedarkan Di Pasar Awam Tikam Batu.

TIKAM BATU – SEKITAR acara mengedarkan sebanyak 180 bendera  Jalur Gemilang kepada kepada peniaga gerai dan orang ramai di Pasar Awam Tikam Batu di sini. Program pada 29 Ogos ini bertujuan memeriahkan lagi sambutan bulan kemerdekaan ketika ini. Pengerusi Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani, Basor Harun dan Pengerusi Belia 4B Sungai Petani, […]

SAY Kuala Langat sampaikan sumbangan makanan, bendera untuk asnaf

SEKITAR program menyampaikan sumbangan makanan bermasak oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat pada 20 Ogos di Sijangkang. Diketuai pengerusinya, Hasmawi Mahidin, sebanyak 60 keluarga ibu tunggal, anak yatim dan Orang Kelainan Upaya disantuni mereka. Turut diedarkan ialah bendera Malaysia sempena sambutan bulan kemerdekaan.

Sanitasi di Medan Jaya bersama Sukarelawan YADIM

MARANG – Dua tempat di sini dipilih sebagai lokasi inisiatif sanitasi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 11 Ogos. Lokasi pertama ialah di Surau Al-Huda, Taman Kalungan Mas di sini. Proses sanitasi bermula jam 10 pagi dengan disertai oleh tiga orang Sukarelawan YADIM (SAY) Marang diketuai oleh Md Sadrudin Md Sidek. Selesai proses […]

Musaadah Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan di luar negara

KEMBOJA – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Negeri Sembilan serta Surau Ar Raudhah Taman Kelab Tuanku  telah melaksanakan Program Musaadah Wakaf Perigi di Kemboja baru – baru ini. Sebanyak 61 buah perigi dirancang untuk disediakan kepada penduduk kampung yang memerlukan di Kemboja, dengan inisiatif menyediakan perigi adalah dalam tempoh sebulan bermula 20 Julai. Kos […]

300 penduduk Pulau Redang terima agihan daging korban

PULAU REDANG – Seramai 300 penduduk pulau ini menerima manfaat hasil agihan daging korban yang dilaksanakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 21 Julai. Lembu sebanyak tiga ekor yang dikorbankan bagi program ini adalah sumbangan McDonald’s Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Al-Khairi. Mewakili YADIM dalam program ini ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi […]

YADIM edar barangan keperluan harian untuk TeleBantuan, tawar pekerjaan kepada anak seorang pemohon

PUTRAJAYA – Bahagian Khidmat Bakti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 6 Julai telah mengedarkan kotak barangan keperluan harian kepada beberapa pasukan Sukareklawan YADIM (SAY) sekitar kawasan ini. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha memastikan golongan yang memerlukan dapat disantuni dengan lebih cepat, lebih lebih lagi bagi mereka yang memohon menerusi kaedah TeleBantuan YADIM. Di […]

Sanitasi Masjid dan Surau bersama SAY Pasir Puteh PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan  telah melaksanakan kerja-kerja sanitasi di ruang solat serta kawasan sekitar di Masjid Kampung Gaal dan Surau Kampung Gong Cokoh pada 1 Julai.   Ia sebagai sebahagian daripada usaha memastikan rumah ibadah itu terpelihara kebersihannya untuk kegunaan jemaah kelak. […]

Sertai SAY untuk bina keterampilan diri

KUCHING  – Golongan muda di negeri ini digalakkan menyertai Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) bagi membina keterampilan dan mengembangkan jati diri mereka. Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara) Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman Junaidi berkata, penyertaan dalam aktiviti kesukarelawanan memberikan pelbagai manfaat untuk anak […]

SAY Terengganu agih 1,000 pek bubur lambuk

MARANG – Seawal pagi pada 7 Mei, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Terengganu telah bergotong royong menyediakan dan memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk di sini. Seramai 25 SAY terlibat dalam penyediaan 1,000 pek bubur lambuk ini. Menariknya, bahan bahan ulam untuk bubur ini dicari dan dipetik sendiri oleh ahli SAY di hutan […]

Mengagihkan Sumbangan Pek Musaadah Covid19 Kepada Warga Felda Jengka.

JENGKA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang bersama badan bukan kerajaan Sheika Lubna dan Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Krau pada 4 Mei telah mengagihkan sumbangan pek Musaadah Covid-19 kepada warga Felda Jengka di sini. 25 pek sumbangan makanan harian YADIM berupa beras, bihun, tepung, biskut, gula, kordial dan sos diagihkan kepada warga yang memerlukan. […]