Cuci Cuci Tadika KEMAS Al Wafiq
KUALA SELANGOR – Pasca kejadian banjir menyaksikan mangsa bertungkus lumus membersihkan kediaman masing masing. Pada masa yang sama terdapat juga keperluan untuk membersihkan kemudahan awam seperti rumah ibadat, sekolah dan sebagainya. Mengambil tanggungjawab ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Selangor pada 25 Disember telah mengambil inisiatif membersihkanTabika KEMAS Al Wafiq, Jalan Cenderawasih, Bukit […]
Misi bantuan SAY Kuala Selangor di SMK Bukit Kuching Tengah
JERAM – “Apalah sangat sumbangan yang kami berikan jika dibandingkn dengan kehilangan harta benda dikalangan mangsa”. “Rezeki dikongsi bersama.Semua yang berlaku menginsafkan kami,”. Demikian komitmen Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Selangor dalam melestari gerakan dakwah di kawasan ini. Sebanyak 500 bungkus nasi lemak,roti Gardenia, air mineral, berus dan ubat gigi, sabun mandi, sabun […]
SAY Kuala Selangor beri sumbangan warga memerlukan
KUALA SELANGOR – Aktif menyantuni pelbagai lapisan komuniti tanpa mengira latar belakang. Itu kelebihan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) hingga nama mereka mekar di masyarakat. Program yang dilaksanakan pula tepat kepada golongan sasaran YADIM, lantaran mereka ini sendiri berada di kalangan masyarakat. Contoh terbaharu ialah yang dilaksanakan SAY Kuala Selangor baru baru ini. Wanita […]
YADIM Kuala Selangor santuni pesakit kronik, warga emas
SUNGAI BURUNG – Warga kerja Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Selangor meneruskan lagi gerak kerja mereka menyantuni golongan yang memerlukan. Pada 1 Disember lalu, mereka telah menyampaikan sumbangan kepada seorang pesakit kronik selain warga emas di sini. Abdul Rahim Haji Arshad menderita penyakit paru paru yang juga mengakibatkannya mengidap asma sejak remaja. Lelaki […]
Ban pantai pecah: Kudrat wanita Sukarelawan YADIM tampil bantu baiki
SUNGAI BURONG – Antara kelebihan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) ialah kemampuan mereka untuk melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Ia bukan sekadar ceramah keagamaan dan menyampaikan sumbangan semata mata, malah lebih daripada itu. SAY Kuala Selangor umpamanya, pada 23 Oktober telah terlibat dengan kerja kerja menambak benteng / ban pantai yang pecah akibat […]
SAY Kuala Selangor santuni keluarga kuarantin akibat Covid-19
KUALA SELANGOR – Ancaman Covid-19 terus wujud dan hingga kini masih ramai yang terkesan dengannya. Begitu juga keadaannya di daerah ini, orang ramai masih berwaspada kerana bahaya jangkitan masih wujud. Cakna dengan keadaan ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Selangor baru baru ini menyantuni tiga keluarga di kawasan ini yang dikuarantin akibat Covid-19. […]
SAY Kuala Selangor santuni mangsa kebakaran
KUALA SELANGOR – Terus prihatin dengan nasib golongan yang memerlukan di sini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Selangor pada 15 September telah menyantuni sebuah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran baru baru ini. Kediaman Arbain Ahmad diTaliair 3 Ban 1 1/4 Sungai Burung di sini pada 11 September lalu telah terbakar, dipercayai berpunca akibat […]
Agihan daging sumbangan YaPEIM oleh SAY di Tanjung Karang
KUALA SELANGOR – Selepas Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat, kini giliran SAY Kuala Selangor pula melaksanakan agihan daging kepada golongan yang memerlukan pada 9 September. Seperti sebelum ini, ia merupakan sumbangan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Sebanyak 150 kilogram daging segar diagihkan kepada 150 keluarga di sekitar Parit 4 Sekinchan […]
SAY Kuala Selangor bantu agih sumbangan ikan
PARIT 4 – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Selangor pada 9 Ogos membantu mengagihkan ikan cencaru untuk golongan yang memerlukan di sini Sebanyak 250 kilogram ikan cencaru, daripada Food Bank Masjid At Taufikiah di sini, diagihkan kepada orang ramai secara pandu lalu oleh SAY Kuala Selangor diketuai Pengerusinya Asmah Husin. Setiap penerima menerima […]
80 keluarga asnaf disantuni SAY Kuala Selangor
TANJONG KARANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Selangor turut bergerak aktif menyantuni golongan yang memerlukan. Antara aktiviti terkini mereka ialah pada 6 Ogos apabila 80 keluarga warga emas, ibu tunggal dan mereka yang kurang berkemampuan menerima sumbangan makanan bermasak. Diketuai Asmah Husin, mereka yang disantuni adalah penduduk di Parit 1 hingga Parit […]