SEBATI MADANI Kuala Selangor
PROGRAM Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di Selangor dimulakan di Masjid Nurul Iman, Ijok, Kuala Selangor pada 5 Ogos dengan pelbagai pengisian untuk warga daerah berkenaan. Bermula dengan Kuliah Subuh menampilkan Daie Muda YADIM Mohamad Zaiful Faizal Mohamad Hasan bagi memulakan hari jemaah dengan pengisian kerohanian, SEBATI kemudiannya diteruskan dengan acara Cuci-Cuci yang membersihkan kawasan […]
Walapun rumah sewa tetapi…
KUALA SELANGOR – “Saya tak cukup kuat nak tengok kawasan yang terbakar…walaupun ini cuma rumah sewa…tutur Puan Nur Syahidah Salleh ketika ditemui Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Selangor yang menziarahi keluarganya di Kampung Bagan Tengkorak di sini pada 25 Ogos. Ibu kepada empat anak ini kehilangan kediamannya yang terbakar dalam kejadian pada pagi 24 Ogos. Sebahagian […]
Ziarah Kasih Aidilfitri SAY Kuala Selangor
PARIT 4 – Dalam suasana Aidilfitri, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Selangor kembali giat menyantuni golongan yang memerlukan di daerah tersebut. Pada 22 Mei, satu kunjungan dan ziarah ringkas diadakan bagi menyantuni sebuah keluarga di sini. Pengerusi SAY Kuala Selangor, Puan Asmah Husin bersama dua ahli jawatankuasanya telah menyantuni Encik Nayan Haji Saruni yang menjaga ayahnya, […]
SAY Kuala Selangor santuni keluarga mangsa kemalangan
SUKARELAWAN YADIM (SAY) Kuala Selangor terus prihatin dengan nasib golongan yang memerlukan di daerah berkenaan. Pada 10 Mei mereka telah menyantuni dua keluarga mangsa kemalangan di Sungai Burung, Kuala Selangor baru baru ini. Kedua keluarga yang disantuni menerima hamper,kurma dan sumbangan wang tunai bagi membantu meringankan beban mereka. Muhamad Nasir Mohd Safarin dan Mohamed Farish […]
Tadarus Al Quran SAY Kuala Selangor
SUKARELAWAN YADIM (SAY) Kuala Selangor bekerjasama dengan Ahli Jawatankuasa Muslimat Masjid Taufikiah Kampung Parit 4 di daerah tersebut mengadakan Tadarus Al Quran selama empat hari bermula 11 hingga 14 April. Majlis Khatam Al Quran pada 14 April turut dihadiri Pengerusi SAY Kuala Selangor, Puan Asmah Husin. Para peserta menerima sedikit cenderahati daripada SAY Kuala Selangor […]
Back to school SAY Kuala Selangor
TANJUNG KARANG – Sempena pembukaan sesi persekolah bagi 2022 yang bakal bermula tidak lama lagi, Sukarelawan YADIM (SAY ) Kuala Selangor turut tidak ketinggalan menyantuni mereka yang memerlukan. Pada 11 Mac menerusi program Back To School, pasukan ini telah menyampaikan sumbangan beg sekolah untuk seramai 25 anak- anak asnaf di sini. Turut menerima sumbangan ini […]
SAY Kuala Selangor santuni keluarga mangsa kemalangan.
KUALA SELANGOR – Tidak tergambar kesedihan hati seorang ibu tunggal, Puan Rohani Othman apabila mengetahui anak kesayangannya terlibat dalam kemalangan pada 14 Februari lalu. Akibat insiden malang itu, Mohamad Noor Shariman Abdul Salim yang menjadi mangsa akibat kecuaian orang lain, telah kehilangan sebahagian kaki kanannya. Cakna dengan kejadian tersebut, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Selangor pada […]
SAY Kuala Selangor santuni penduduk dikuarantin
TANJUNG KARANG – Kes positif Covid-19 di negara ini yang kembali meningkat menyebabkan semakin ramai penduduk terkesan, termasuklah di Kuala Selangor. Cakna dengan nasib penduduk yang memerlukan, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Selangor pada 11 Februari telah menyantuni keluarga Encik Azman Aziz di Kampung Parit Serong di sini yang menjalani kuarantin akibat Covid-19. Akibatnya, Azman yang […]
Perbincangan gerak kerja dan penyampaian sumbangan SAY Kuala Selangor
TANJUNG KARANG – Sukarelawan YADIM Kuala Selangor pada 7 Februari telah mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Bahagian Khidmat Bakti YADIM di sini. Selain bertujuan membincangkan hala tuju dan gerak kerja pasukan tersebut sepanjang tahun ini, ia turut diselitkan dengan penyampaian sumbangan beg sekolah untuk 30 anak yatim yang dikenalpasti memerlukan serta 20 lagi untuk anak anak […]
Mangsa banjir Kampung Lubuk Jaya disantuni SAY Kuala Selangor
KUALA SELANGOR – Hanya mangsa saja yang tahu betapa perit dan letihnya membersihkan kediaman selepas banjir. Pilih apa yang terpaksa dibuang, pilih apa yang boleh diselamatkan, bersihkan perabot, bersihkan lumpur dan pelbagai lagi kerja kerja yang perlu dibuat. Pendek kata bantuan orang ramai memang diperlukan. Prihatin dengan situasi ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) […]