Saya ada partner baru!
KUCHING – “Kita ada bina beberapa masjid baharu. “Dan memang mahu libatkan lebih ramai golongan muda dalam program di sini. “Kita alu alukan kedatangan YADIM untuk turun adakan program di sini, jadi hari ini saya ada partner (rakan) baru di Semariang,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Semariang, Yang Berhormat Datuk Hajjah Sharifah Hasidah Sayeeda Syed […]
Kebajikan kakitangan diutamakan
PUTRAJAYA – Kita menyantuni golongan yang memerlukan, tanpa melupakan kakitangan. Demikian ucapan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Nasrudin Hassan semasa menyampaikan sumbangan untuk kakitangan badan dakwah ini pada 29 September. Seramai 21 kakitangan YADIM disantuni dalam program ini menerusi pemberian barangan keperluan harian seperti beras, telur, minyak masak dan lampin pakai buang. […]
SAY Kuala Selangor santuni mangsa kebakaran
KUALA SELANGOR – Terus prihatin dengan nasib golongan yang memerlukan di sini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Selangor pada 15 September telah menyantuni sebuah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran baru baru ini. Kediaman Arbain Ahmad diTaliair 3 Ban 1 1/4 Sungai Burung di sini pada 11 September lalu telah terbakar, dipercayai berpunca akibat […]
YADIM Kedah santuni komuniti India, Cina Jerai
GURUN – Dakwah dan gerak kerja Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merentasi agama dan bangsa. Sesuai dengan itu,atas semangat Keluarga Malaysia, YADIM pada 13 September telah menyantuni seramai 12 keluarga India dan Cina di Kampung Sungai Pintar dan Taman Sri Jerai di sini. Dalam program yang diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Al Faizin itu, YADIM […]
Frontliners Gurun disantuni
GURUN – “Terima kasih Tuan, sudi kunjungi kami,”. Ringkas saja ucapannya tetapi ikhlas dan bermakna. Demikian dirakamkan Koperal Mohamad Shazwan Mohd Azmi dan lima petugas barisan hadapan Tol Gurun Arah Utara pada 31 Ogos yang menerima kunjungan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Sempena sambutan kemerdekaan, YADIM yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh […]
Pesakit buah pinggang, OKU, peniaga pasar malam antara disantuni YADIM Pahang
PEKAN – Semakin hari, semakin ramai golongan terjejas berikutan PKP 3.0 kerana halangan untuk keluar bekerja telah membataskan mereka daripada memperoleh pendapatan untuk menyara hidup. Menyedari situasi yang semakin serius ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang menerusi Koordinator Sukarelawan YADIM (SAY) Parlimen Pekan, Ustaz Sayuti Osman bersama pasukannya menggiatkan lagi usaha untuk mencari golongan […]
140 keluarga disantuni SAY Kuala Langat
SIJANGKANG – Menghayati erti kata sukarelawan sebenar. Demikian yang boleh disifatkan kepada pasukan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Walaupun tidak ramai, namun pasukan ini kekal aktif dan konsisten menyantuni golongan yang memerlukan di daerah ini. Buktinya, setiap hari sepanjang Ramadan, ada saja aktviti menyantuni mereka yang memerlukan. Sepanjang Ramadan ini, seramai 140 […]
Dekati Wira Penghantar Makanan.
NIBONG TEBAL – Berpuasa dalam hujan dan panas, menempuh kesesakan lalu lintas, dikejar anjing, melalui jalan yang tidak elok, sesat ketika menghantar pesanan. Demikian sebahagian cabaran dihadapi para penghantar makanan yang bekerja mencari rezeki halal. Golongan ini tidak disangkal merupakan petugas barisan hadapan ketika kita menghadapi ancaman Covid-19 ketika ini. Terpanggil menyantuni golongan ini, Yayasan […]
Sumbangan untuk balu wira negara dalam pencerobohan 2013
KOTA KINABALU – Siapa sangka suami yang sentiasa berada di samping, tiba tiba pergi selamanya. Lebih mengejutkan, nyawa suami direnggut kejam oleh penceroboh negara tanpa belas kasihan. Namun itulah yanag berlaku kepada wira wira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu pada 2013. Menyedari nasib balu tragedi berkenaan perlu dibela, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia […]
Frontliners terima KFC, Kurma Ajwa daripada YADIM
PUTRAJAYA – Malam ini 4 Mei, YADIM menyantuni petugas barisan hadapan di lima lokasi sekitar bandar ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sendiri meluangkan masa dan menyampaikan sumbangan 100 pek KFC, Kurma Ajwa dan air mineral daripada YADIM. Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul […]