Semarak Selawat dan Doa Untuk Malaysia

MUAR – LENSA program  Semarak Selawat dan Doa Untuk Malaysia oleh YADIM Johor di Dewan Serbaguna Kampung KenanganTun Dr Ismail Jalan Pesta, Muar pada 7 September. Walaupun ringkas namun berjaya menarik kehadiran lebih 200 anak muda hadir yang sama sama berselawat dan berqasidah. Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus hadir sama dan menyampaikan tausiah […]

Majlis Perasmian & Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan.

ALHAMDULILLAH…. Majlis majlis ilmu yang kini semakin kerap dianjurkan di Putrajaya kekal mendapat sambutan sangat menggalakkan. Malam ini di Masjid Putra Putrajaya, dianggarkan lebih 3,000 orang memenuhi Majlis Perasmian & Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan. Disempurnakan oleh Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, ia merupakan anjuran bersama YADIM, Jabatan […]

Sambutan Tahun Baharu Cina Canaan Community House

NIBONG TEBAL – Usaha dakwah tanpa mengira latar belakang sentiasa menjadi keutamaan YADIM. Sesuai dengan semangat tersebut,  YADIM Pulau Pinang pada 20 Januari telah menganjurkan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina bagi bertujuan mengeratkan hubungan sesama kaum khususnya di negeri tersebut. Seramai 60 orang peserta dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Seberang Perai Selatan hadir […]

Sambutan Maulidur Rasul YADIM Kelantan, AADK

KOTA BHARU – YADIM Kelantan turut tidak ketinggalan meraikan sambutan Maulidur Rasul di negeri ini. Pada 16 Oktober, bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), sambutan berkenaan diadakan di Pejabat AADK Kelantan di sini. Seramai 60 pegawai dan kakitangan agensi tersebut hadir dalam majlis ini. Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang telah dijemput memberi pengisian untuk […]

Bicara Belia Sejahtera YADIM Terengganu di IKBN Kemasik.

KEMAMAN – Meskipun baharu pertama kali bekerjasama, program Bicara Belia Sejahtera anjuran YADIM Terengganu di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik di sini mendapat sambutan amat baik. Program pada 26 September itu disertai 200 pelajar, termasuk yang bukan Islam. Para pelajar memenuhi Dewan Sri Suria, lokasi program diadakan di IKBN tersebut sebelum jam 8.30 malam […]

Aidiladha disambut Ahad, 10 Julai

PETALING JAYA: Umat Islam di seluruh Malaysia dijadual menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Julai ini.ADVERTISEMENT Pengumuman pengisytiharan itu dibuat oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd. Aseral Jusman malam ini. “Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan […]

Rai Hari Valentine kekal dilarang dalam ajaran Islam

PUTRAJAYA – Umat Islam di Malaysia diberi peringatan agar tidak cuba menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day pada 14 Februari selaras fatwa yang ditetapkan pada 2005 lalu.   Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi Bayan Linnas disiarkan laman sesawang rasminya, sambutan itu adalah haram dan juga boleh menggugat akidah Islam.   “Sejarah Hari Kekasih […]

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Khamis ini

KUALA LUMPUR- Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis 13 Mei, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh […]

Mosque Open Day sempena 1 Kurun MAIPs

KANGAR – Sebagai usaha menyantuni dan menyebar dakwah kepada masyarakat pelbagai budaya dan kaum di negara ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis pada 17 Oktober telah bekerjasama menganjurkan program Mosque Open Day di sini. Program di Masjid Saidina Umar Al Khatab di sini, diadakan dengan kerjasama Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan […]

Tiada program sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri

SEREMBAN -Tiada sebarang program sambutan yang dirancang di peringkat negeri sempena Nuzul al-Quran, Ahad ini. Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, ketika dihubungi Bernama, berkata ia bagi mematuhi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP) yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19. Bagaimanapun, beliau berkata, umat Islam masih boleh menghayati peristiwa Nuzul al-Quran melalui […]