25 NGO Islam Sabah sertai mesyuarat MTD
KOTA KINABALU – Sebanyak 25 badan bukan kerajaan menyertai mesyuarat Majlis Tindakan Dakwah (MTD) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk negeri Sabah yang diadakan hari ini (16 Oktober) di sini. Mesyuarat berkenaan adalah bagi tujuan perancangan dan penyusunan semula aktiviti dakwah di negeri ini untuk tahun 2020 hingga 2025. Antara NGO yang menghantar wakil termasuklah […]
Program ‘Prodaksi’ mampu menyantuni ummah dan merai kepelbagaian agama serta bangsa
SEMPORNA – Program Dakwah Kawasan Operasi (PRODAKSI) wajar dilaksanakan di Sabah kerana ia bukan sahaja berupaya memberikan pendedahan kepada konsep yang baik malah dapat menyantuni ummah sertai merai kepelbagaian agama dan bangsa di negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal berkata, program yang bersifat turun padang itu amat signifikan dalam memahami […]
Sumbangan kit masjid sempena Prodaksi
SEMPORNA – Sebanyak 80 buah masjid di sini menerima sumbangan kit kelengkapan sempena penganjuran Program Dakwah Kawasan Operasi (Prodaksi) oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang kini sedang berlangsung hingga 23 Ogos ini. Kit tersebut mengandungi sejadah,buku buku agama,majalah Dakwah dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta Al Quran yang disumbangkan oleh pelbagai agensi agama […]
YADIM sertai ‘operasi’ ATM di Sabah
LABUAN – Angkatan Tentera Malaysia ketika ini sedang melaksanakan Program Dakwah Kawasan Operasi (Prodaksi) di beberapa lokasi terpilih di Sabah dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merupakan antara agensi agama yang turut sama menyertainya. Prodaksi merupakan operasi tahunan pihak Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), yang pada asalnya disasarkan kepada anggota tentera yang bertugas di perbatasan. […]
Hari kedua Ziarah Rahmah ke Sabah
TUARAN- Hari kedua program YADIM Peduli, Khidmat Bakti & Ziarah Rahmah di Sabah bermula seawal jam 8 pagi dengan Ziarah Rahmah pesakit di Klinik Kesihatan Tamparuli di sini. Kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang diketuai oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Muhammad Hafiz Musa telah beramah mesra dan menghulurkan pek sarapan kepada […]
Program Yadim Peduli, Khidmat Bakti & Ziarah Rahmah ke Sabah
KOTA KINABALU – Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) baru baru ini telah melaksanakan program kembara YADIM Peduli , Khidmat Bakti & Ziarah Rahmah selama dua hari ke bumi Sabah. Pelbagai program telah dilaksanakan untuk menyantuni golongan sasar yang telah dikenalpasti. Hari pertama pada 1 Ogos dimulakan dengan program gotong royong […]
Kenyataan Duta Filipina tidak berasas, Sabah milik Malaysia
KUALA LUMPUR – Malaysia mengulangi bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia dan sebarang tuntutan terhadap negeri itu adalah tidak berasas. Menurut Wisma Putra, Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak penubuhan Persekutuan pada 16 September 1963. “Oleh demikian, Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayani sebarang […]
Tolak cadangan wanita Islam sertai ratu cantik di Sabah
KOTA KINABALU -Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Sabah menolak cadangan Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Unduk Ngadau Pesta Kaamatan peringkat negeri supaya wanita Islam di negeri ini dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik pesta berkenaan. Pengarah Yadim Sabah Samin Ongki berkata Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Sabah serta fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah dengan jelas menyebut larangan wanita […]
Kekurangan guru agama di Sabah, Sarawak kritikal
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan mengakui kekurangan guru agama di Sabah dan Sarawak kritikal. Sehubungan itu, Menterinya, Maszlee Malik menasihatkan guru agama dari Kelantan dan Terengganu tidak pulang ke Semenanjung buat sementara, sebaliknya terus menabur bakti di Sabah dan Sarawak. “Bekalan guru-guru agama di Sabah dan Sarawak memang benar-benar mendesak, sebab itu saya sudah bertemu […]
Bukit Aman tahan 7 suspek pengganas
BANGI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap tujuh suspek, termasuk lima warga tempatan kerana disyaki terbabit dalam kumpulan pengganas. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, semua suspek berkenaan ditahan oleh Bahagian Menentang Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman dalam operasi antara 19 hingga 28 November lalu di Kelantan, Selangor, Sabah dan Kedah. Dalam […]