Pembinaan Pusat Komuniti Saudara Kita milik YADIM di Tuaran disambut baik Ketua Menteri Sabah
CADANGAN Pembinaan Pusat Komuniti Saudara Kita milik YADIM di Tuaran disambut baik Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor. Ujar beliau, sebarang inisiatif pembangunan dan penyebaran dakwah di Sabah sentiasa dialu alukan malah akan dibantu pihaknya. Cadangan pembinaan tersebut antara yang dimaklumkan kepada Datuk Seri Panglima Haji Hajiji […]
Kunjungan kepada Timbalan Mufti Sabah
“KALAU Perlu ikut, saya ikut. InsyaAllah untuk dakwah. “YADIM di Sabah memang aktif, dan kita pun sudah lama bekerjasama erat,” kata Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sahibul Fadilah Datuk Ustaz Haji Abdul Manap bin Lakariba ketika menerima kunjungan YADIM di pejabatnya pada 22 Jun. Terima kasih diucapkan atas komitmen yang ditunjukkan untuk sama sama kita […]
Elaun guru KAFA, Imam Rawatib di Sabah dinaikkan
KOTA KINABALU: Seramai 2,490 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan 1,605 Imam Rawatib di Sabah menerima kenaikan RM100 bagi bayaran elaun bermula bulan ini, antara lain bertujuan meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat. Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerusi jawapan secara bertulis dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 25 Mei lepas kepada Ahli […]
Majlis Penyerahan sijil penubuhan RBY bersempena Citra Ibadah IKBN Kinarut
PAPAR – Penyerahan sijil penubuhan Rakan Belia YADIM (RBY) untuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut diadakan pada 20 Mei dengan kehadiran kira kira 250 peserta. Ia diadakan sempena program Citra Ibadah yang kini berlangsung di IKBN tersebut. Ia merupakan lanjutan kerjasama Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM menerusi program Ihya Ramadan sebelum ini dan pemantapan […]
‘Wali Tujuh’ dibimbangi ancam keselamatan
Kota Kinabalu – Ajaran kumpulan ‘Wali Tujuh’ yang didakwa menuntut ilmu kebal dan batin dibimbangi boleh mendatangkan ancaman keselamatan terhadap negeri ini. Bagaimanapun, Menteri Tugas-tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihaknya bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan pejabat mufti masih mendapatkan maklumat terperinci berhubung perkara itu. “Itu tidak […]
YADIM Interaktif: Bicara Dakwah, Kuliah Maghrib di Papar.
Program Dakwah YADIM Kedah di negeri Sabah telah disemarakkan dengan program bicara dakwah, Kuliah Maghrib di Surau Al Kauthar, Kampung Gusi, Kinarut, Papar Sabah pada 31 Januari yang lalu. Pengarah YADIM Kedah Ust Mohd Aizat bin Zakaria telah hadir menyampaikan kuliah maghrib yang bertajuk “7 Wasiat Rasulullah kepada ummah” Hampir 50 orang jamaah menghadiri kuliah […]
Masa khutbah, solat Jumaat di Sabah dipendekkan
KOTA KINABALU – Masa khutbah dan solat Jumaat di Sabah dipendekkan masing-masing kepada maksimum 10 dan tujuh minit, bermula hari ini (28 Mei), bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19. Prosedur operasi standard (SOP) baharu itu diputuskan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) sebagai panduan pelaksanaan aktiviti di masjid dan surau ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat […]
Masjid Alumni Limauan bukti pencapaian umat Islam Sabah
KIMANIS – Sebuah masjid baharu diberi nama Masjid Alumni Limauan bakal dibina di Kampung Andus Papar di sini yang menelan belanja RM5 juta. Berucap pada majlis melancarkan Kempen Khairat/Infaq pembinaan masjid berkenaan pada 26 Mac, di lokasi pembinaannya, Menteri Tugas Tugas Khas Sabah, Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif menyatakan komitmen serta sokongan […]
Sabah selaras program dan dasar Islam
KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mewujudkan Jawatankuasa Penyelarasan Hal Ehwal Islam dalam langkah menyelaraskan program serta dasar berkaitan agama Islam di negeri ini. Menteri Tugas-Tugas Khas negeri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, jawatankuasa terbabit juga mampu mengukuhkan usaha menyelaras semua aktiviti hal ehwal Islam seperti dakwah serta pendidikan di antara agensi negeri dan persekutuan. […]
Masjid, surau di Sabah dibuka bagi aktiviti solat jemaah
KOTA KINABALU – Aktiviti solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid dan surau di semua zon di Sabah dibenarkan bermula 25 November hingga 6 Disember Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan bagi zon jingga dan merah, solat lima waktu terhad kepada 30 jemaah manakala solat Jumaat hanya 40 jemaah. Bagi zon […]