Larangan terbit al-Quran dalam tulisan rumi kekal – KDN

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan sama sekali naskhah al-Quran diterbitkan dalam tulisan rumi. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata, pendirian itu selaras peruntukan undang-undang di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326). “Akta ini tidak membenarkannya, kerana al-Quran mestilah menggunakan teks asal iaitu dalam bahasa […]