Teratak Prihatin untuk asnaf Kampung Kindu

TUARAN – Sebuah lagi rumah Teratak Prihatin berjaya disiap dan diserahkan kepada penduduk yang memerlukan di Kampung Kindu di sini pada 13 Julai. Kediaman tersebut yang dibina oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai RM50,000, berjaya disiapkan dalam tempoh kira kira dua bulan. Rumah baharu seluas seluas 30 kaki x 15 kaki disumbangkan oleh kerajaan negeri […]

Keluarga ‘tinggal’ dalam kereta dibantu YADIM Kedah

SUNGAI PETANI – Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial kisah sebuah keluarga yang tinggal di dalam kereta kerana dihalau oleh penyewa rumah yang sebelum ini didiaminya. Ia bermula apabila seorang pelayar membuat perkongsian kisah keluarga terbabit sebelum ia ditularkan netizen. Pada 5 Julai, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menyantuni keluarga ini […]

Teratak Prihatin bersama anggota 5 Briged Kem Lok Kawi di Kampung Saab

PITAS – Selepas Kampung Kotabungan di Kota Belud sebelum ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysa (YADIM) Sabah sekali lagi bekerjasama dengan Tentera Darat dari 5 Briged Kem Lok Kawi menerusi Projek Jiwa Murni untuk menyantuni penduduk yang memerlukan di sini. Penyerahan kunci rumah Teratak Prihatin di Kampung Saab di sini pada 18 Mac, disempurnakan oleh Panglima […]

Kerajaan lancar MYHaus, Ogos ini

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melancarkan program MYHaus, bagi membantu kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, program yang akan dilancarkan Ogos depan itu, secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar. Katanya, menerusi program berkenaan ia akan […]

Jangan jadikan tongkat khutbah bahan lawak

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini (25 Mei) menasihati umat Islam supaya tidak menjadikan tongkat khutbah sebagai satu bahan lawak, sebagaimana yang tular di media sosial. Beliau mengulas gelagat segelintir individu yang menggunakan pelbagai barang termasuk kayu golf, tukul ‘Thor’ watak dalam sebuah filem antarabangsa, […]

Umat Islam di Pulau Pinang boleh solat Aidilfitri di rumah

GEORGE TOWN – Umat Islam di Pulau Pinang boleh menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah masing-masing ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, solat sunat Aidilfitri itu boleh dilakukan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian ahli keluarga. “Ia adalah keputusan Mesyuarat Jawatankuasa […]