PPZ-MAIWP lancar Skim Kafalah Muzakki
KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menjadi agensi zakat pertama di Malaysia yang memberikan skim perlindungan kepada pembayar zakat mereka. Perlindungan tersebut adalah melalui Skim Kafalah Muzakki yang membantu waris pembayar zakat dalam mendapatkan sumbangan apabila berlaku kematian terhadap pembayar zakat tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Syukri Yusoff […]