Pembaziran makanan berkurangan tanpa bazar Ramadan

PUTRAJAYA – Ketiadaan bazar Ramadan pada tahun ini berikutan penularan wabak COVID-19 dilihat mampu mengawal isu pembaziran makanan yang berlaku setiap kali bulan Ramadan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata, ini digalakkan lagi dengan saranan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya umat Islam memasak […]

Gambar fitnah : Mujahid buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Mujahid Yusof membuat laporan polis berhubung satu hantaran di Facebook yang didakwa memfitnahnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pemilik akaun laman sosial itu yang menggunakan nama Shamsul Faisal Abdul Wahab telah memuat naik gambar yang disunting dengan meletakkan wajahnya. Menurut Mujahid, beliau yakin pemilik akaun Facebook itu berbuat […]

Teruskan amalan, tarbiah Ramadan pada bulan lain

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap umat Islam meneruskan amalan tarbiah atau pengasuhan bulan Ramadan pada bulan lain. Beliau berkata, umat Islam (pada Ramadan) bukan sahaja dituntut berpuasa, tetapi juga menahan diri daripada segala perbuatan tidak baik dan maksiat, sebaliknya memenuhi waktu malam dengan solat tarawih, tadarus […]

Ramadan peluang santuni bangsa lain

KUALA LUMPUR – Seramai 19 penghuni rumah orang tua, Pertubuhan Kebajikan Rumah Kasih Jing Yuan, Pandan Indah di sini menerima kunjungan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata, tanggungjawab sosial yang dilaksanakan Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) ini merupakan salah satu cara menyantuni semua bangsa tanpa mengira agama. “Ramadan adalah […]

Ronaldo derma RM6.26 juta untuk Palestin sempena Ramadan

LONDON – Cristiano Ronaldo memang sering mengundang rasa kagum, bukan hanya kerana kehebatannya bermain bola sepak tetapi juga sikap pemurah dan suka melakukan kerja-kerja amal. Sempena menyambut Ramadan tahun ini, bintang penyerang Portugal itu telah menyumbang AS$1.5 juta (RM6.26 juta) kepada Palestin menerusi Yayasan Kebajikan Onwadan. Ini bukan kali pertama pemain berusia 34 tahun itu […]

Muslim Pro Malaysia atasi gergasi teknologi sebagai aplikasi mudah alih utama

KUALA LUMPUR – Muslim Pro, aplikasi mudah alih Islam yang komprehensif, menjadi aplikasi mudah alih yang dimuat turun nombor satu negara pada awal Ramadan, mengatasi gergasi teknologi global seperti Facebook, Whatsapp dan Instagram. Dalam kenyataan hari ini (16 Mei), Muslim Pro Malaysia berkata dengan lebih 70 juta muat turun di lebih 200 negara, penggunaan aplikasi […]

Gubal undang-undang kawal iklan komersialisasi agama

PUTRAJAYA – Undang-undang kawalan pengiklanan dan promosi perayaan agama perlu digubal bagi membendung gejala pengkomersialan agama. Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, sudah tiba masanya undang-undang seumpama itu diadakan berikutan penularan iklan-iklan barangan yang dipromosi secara agresif sempena musim perayaan. Menurutnya, kaedah promosi sedemikian dilihat telah menenggelamkan roh bulan Ramadan dan […]

Wan Azizah seru jadikan Ramadan medan latihan hormati kaum dan agama

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia agar menjadikan Ramadan sebagai satu medan latihan untuk hormat menghormati di antara kaum dan agama. Beliau berkata, ia termasuklah melatih diri untuk bersabar dan tidak mudah ‘melatah’ apabila berdepan dengan provokasi khususnya di alam siber yang boleh menyebabkan ketegangan […]

Kerajaan tetap bantu Melayu, Islam

SEREMBAN – Kerajaan negeri tetap membantu masyarakat Melayu dan institusi Islam melalui pelbagai program dan peruntukan yang disalurkan untuk tujuan itu. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, malah, ada antara tindakan itu dibuat di luar daripada janji. Antaranya, kata beliau, ialah menaikkan elaun bilal daripada RM200 kepada RM500, elaun siak daripada RM200 kepada RM450 […]

RM7 kadar zakat fitrah Negeri Sembilan

SEREMBAN – Kadar zakat fitrah yang ditetapkan di Negeri Sembilan tahun ini ialah RM7 seorang, naik 50 sen berbanding tahun lalu. Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Mohamed Husein berkata, bagi memudahkan orang ramai, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan akan membuka kaunter kutipan zakat setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum sepanjang bulan […]