Program Jelajah Ramadan YADIM Perlis
PADANG BESAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis meneruskan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menyantuni golongan yang memerlukan di negeri ini. Terbaharu mereka bergandingan dengan stesen radio Perlis FM, syarikat Adabi Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd dan Tenaga Nasioanal pada 3 Mei menganjurkan program Jelajah Ramadan di Dewan Kampung Titi Tinggi Hulu di sini. […]
Program kerjasama YADIM Pulau Pinang – Pusat Islam Perda Tech
NIBONG TEBAL – Bertempat di Pusat Islam Perda Tech di sini telah dianjurkan program YADIM Interaktif yang disampaikan oleh penceramah bebas dari Kuala Lumpur, Ustaz Syed Putra Haizam Syed Haizam pada 19 April. Pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) dengan kerjasama Kolej Perda Tech ini berkonsep penggalian ilmu Ramadan serta bertujuan melahirkan belia yang […]
Agihan juadah berbuka puasa SAY Kuala Langat
SIJANGKANG – Memasuki hari kedua Ramadan pada 14 April, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat konsisten giat menyantuni mereka yang memerlukan di daerah ini. Selepas menyampaikan sumbangan kepada 12 keluarga semalam, kini empat lagi keluarga di sini disantuni mereka. Kesemua menerima sumbangan juadah berbuka puasa bertujuan memberi keceriaan kepada asnaf asnaf yang memerlukan […]
Sumbangan Rezeki/Prihatin Ramadhan SAY Kuala Langat
TELOK PANGLIMA GARANG – Ramadan kian hampir dan Sularelawan YADIM (SAY) Kuala Langat semakin giat melaksanakan program pra Ramadan mereka. Pada 10 April SAY Kuala Langat menziarahi 12 pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan di Pusat Dialisis Sijangkang di sini. Kesemuanya menerima barangan keperluan harian, buah kurma dan sedikit sumbangan wang tunai. Pada hari yang […]
Sumbangan asnaf memerlukan oleh SAY Kuala Langat untuk hadapi Ramadan
SIJANGKANG – Sebagai membantu meringankan beban asnaf dan memberi keceriaan menghadapi Ramadan, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat telah menyantuni tujuh keluarga di sini pada 8 April. Kesemua mereka yang disantuni merupakan asnaf yang dikenalpasti memerlukan dan pesakit kronik. Mereka menerima barangan keperluan harian, sedikit wang tunai dan sumbangan lampin pakai buang. Hadir […]
1,000 program sepanjang Irsyad 360
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyasarkan sebanyak 1,000 program sepanjang pelaksanaan program Ihya Ramadan Sebulan YADIM (Irsyad 360), kata Yang Dipertuanya Ustaz Nasrudin Hassan. Menurut Ustaz Nasrudin, Irsyad 360 akan dilaksanakan di seluruh negara oleh pihaknya sama ada di peringkat pusat ataupun negeri negeri. “YADIM akan berusaha untuk mengimarahkan bulan Ramadan kali ini […]
MUIP sedia RM10 juta sumbangan Ramadan
PEKAN – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memperuntukkan kira-kira RM10 juta untuk diagihkan bagi membantu golongan memerlukan termasuk sumbangan Ihya Ramadan bermula minggu depan. Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Datuk Ahmad Hairi Hussain, berkata daripada jumlah itu, RM4.6 juta disediakan untuk bantuan menyambut hari raya kepada 11,151 penerima dalam kalangan fakir dan […]
Kebenaran solat sunat tarawih imarahkan masjid, surau di bulan Ramadan – YADIM
PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan solat sunat tarawih diadakan di masjid dan surau di seluruh negara sepanjang Ramadan tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata peluang tersebut dinanti-nantikan umat Islam selepas tidak dibenarkan berbuat demikian pada Ramadan tahun lepas akibat penularan COVID-19. Beliau […]
Solat Tarawih, Aktiviti Keagamaan Dibenarkan Sepanjang Ramadan – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan kebenaran solat tarawih secara berjemaah dan aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prosedur operasi standard (SOP) berkaitan jumlah jemaah akan diputuskan di peringkat negeri. “Seperti kita ketahui, solat dan aktiviti agama adalah di […]
Lebih 700 asnaf dan anak yatim disantuni sempena Ramadan
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini (7 Mei) menyantuni lebih 700 anak yatim dan asnaf dengan mengagihkan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian dan wang tunai di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini. Beliau berkata bantuan berjumlah lebih RM200,000 merupakan sumbangan termasuk daripada […]