Program YADIM Kolaboratif : Ihya’ Bulan Ramadhan

KOTA BHARU – Ramadan di negeri ini terus diberikan pengisian bermanfaat oleh YADIM Kelantan. Pada 10 April, mereka bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mengadakan program YADIM Kolaboratif : Ihya’ Bulan Ramadhan di Nilam Puri di sini. Seramai 40 kakitangan KADA menyertai program ini yang merupakan siri kedua daripada sembilan yang bakal diadakan. Pengisian […]

P.Pinang peruntuk RM1 juta imarahkan masjid

Bukit Mertajam – Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM1 juta tahun ini untuk program pengimarahan masjid di seluruh negeri itu, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow semalam. Beliau berkata dengan peruntukan itu, kerajaan negeri berharap semua institusi berkaitan agama Islam akan terus menyemarakkan semangat harmoni di Pulau Pinang. “Dengan peruntukan diberi, saya menaruh harapan yang tinggi […]

Terus pakai pelitup muka semasa solat berjemaah, tarawih

Kota Bharu – Rakyat Kelantan digesa untuk terus kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama pemakaian pelitup muka semasa menunaikan solat berjemaah dan solat sunat tarawih di masjid serta madrasah di seluruh negeri ini. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pemakaian pelitup muka itu penting selepas tiada lagi penjarakan fizikal semasa menunaikan solat berjemaah. […]

KWP peruntuk lebih RM1 juta bantu masjid, asnaf

Kuala Lumpur – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memperuntukkan bantuan wang tunai berjumlah RM519,500 kepada 824 masjid, surau dan surau Jumaat di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan bagi mengimarah suasana sepanjang Ramadan menerusi Program Nur Ramadan. Menterinya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata kementerian itu turut memperuntuk bantuan wang tunai berjumlah RM500,000 kepada 2,500 penerima golongan asnaf terdiri daripada […]

YADIM anjur kempen ‘Jom Ke Masjid’

PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini mengambil inisiatif menganjurkan Program Kempen ‘Jom Ke Masjid’. Yang Di Pertuanya, Nasrudin Hassan berkata, program berkenaan menjadi sebahagian daripada pengisian program utama Ihya Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD) bertujuan menggalakkan seluruh umat Islam di Malaysia kembali mengimarahkan masjid dan surau susulan Fasa Peralihan Endemik 1 April lalu. Katanya, […]

RTM Sabah mohon maaf TAWAUfm siar azan Maghrib awal

Kota Kinabalu – Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah hari ini memohon maaf kepada orang ramai atas kesilapan stesen radio kendaliannya TAWAUfm menyiarkan azan Maghrib lebih awal daripada waktu yang dijadualkan kelmarin. Pengarahnya, Zulkefli Mohd, berkata jabatan itu menyedari kepentingan siaran azan khususnya pada waktu Maghrib sepanjang Ramadan sebagai panduan untuk umat Islam berbuka puasa, bagaimanapun […]

Umat Islam Tunai Solat Tarawih Di Times Square, New York

New York – Sambutan Ramadan di New York mencatat detik bersejarah selepas lebih 1,000 umat Islam berbuka puasa dan menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah, di Times Square, pada Sabtu lalu. Penganjur yang dikenali sebagai SQ berkata, selain berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih, mereka yang hadir juga membaca ayat-ayat al-Quran. Umat Islam yang hadir […]

LZS agih bantuan Ramadan, Syawal berjumlah RM28.6 juta

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan bantuan zakat sebanyak RM28,637,750 kepada 62,769 penerima asnaf fakir, miskin dan mualaf di seluruh Selangor. Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini berkata, bantuan zakat bagi membantu golongan tersebut membuat persiapan awal menyambut kedatangan bulan Ramadan dan Syawal pada tahun ini. “Daripada jumlah tersebut, sebanyak […]

Hiburan mencemarkan fitrah agama tidak boleh dibiarkan

KUALA LUMPUR – Sejak semalam tular video drama tempatan yang dipercayai akan ditayangkan pada bulan Ramadan dan mengandungi adegan maksiat yang tidak disenangi ramai pihak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata beliau bukan mahu menghalang industri hiburan di Malaysia, namun jika ianya mencemarkan fitrah dalam agama perkara itu […]

Sepakat@Komuniti: Ihya’ Ramadan@Penjara Seremban

SEREMBAN – Aktiviti mengimarahkan bulan Ramadan oleh warga Penjara Seremban telah  berlangsung pada 6 Mei..Program telah dimulakan dari sebelah pagi dengan aktiviti memasak bubur lambuk, Kuiz Covid-19 dan program penerangan,  Info On Wheels. Ia juga diisi  dengan acara Qasidah oleh Penghuni Penjara Seremban serta Taklimat Norma Baharu oleh Pengarah Penerangan Negeri Sembilan, Shahnon Mohamad.  Pada […]