Mendaulatkan Islam, memperkasakan MKI
ALHAMDULILLAH, Beta bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat daripada-Nya juga, Beta dapat berangkat, seterusnya mempengerusikan MKI kali ke-69 yang Beta pengerusikan buat julung-julung kalinya ini. Pada hemat Beta, mesyuarat MKI yang diadakan pada pagi ini membuka satu lembaran baharu dalam usaha mendaulatkan Islam di Malaysia. Justeru, Beta juga ingin merakamkan sekalung penghargaan […]
JAKIM bawa kepada Majlis Raja-Raja
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menyediakan kertas kerja dalam masa terdekat berhubung isu penghinaan terhadap Islam yang akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkilfli Mohamad Al-Bakri, berkata JAKIM diarahkan untuk merangka kertas kerja itu dalam masa terdekat. “Umum mengetahui insiden yang […]
Umat Islam mula puasa esok
KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, Selasa 13 April, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini. Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi […]
Umat Islam Malaysia rai Aidilfitri pada Rabu
KUALA LUMPUR: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, mengisytiharkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidillfitri pada Rabu ini. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selepas diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi […]
Statut Rom tidak cabar kedaulatan negara
KUALA LUMPUR – Kedaulatan Malaysia tidak akan hilang atau tercabar menerusi ratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana negara masih tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan yang merupakan sumber rujukan utama undang-undang, demikian tegas pakar perundangan. Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata Perlembagaan Persekutuan berada […]
Kes hina Nabi atau Raja diselesaikan dua-empat minggu
CYBERJAYA – Kes berprofil tinggi seperti penghinaan terhadap Nabi Muhammad atau institusi diraja di media sosial diberi keutamaan satu untuk diselesaikan dalam masa dua hingga empat minggu. Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohd. Shafie Harun berkata, kes keutamaan kedua pula harus diselesaikan dalam masa 12 minggu manakala keutamaan […]