Program ‘Street Raya JAWI’: Dua tan durian, 70 ekor kambing golek antara tarikan
KUALA LUMPUR – Dua tan buah durian, 50,000 cucuk sate dan 70 ekor kambing golek antara juadah menanti pengunjung Program Street Raya anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Dataran Merdeka hari ini. Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail berkata program berkenaan menghimpunkan 75 masjid dan 10 surau dari seluruh Wilayah Persekutuan termasuk dari Putrajaya […]
Perutusan Hari Bapa Majlis Perundingan Wanita Rahmah
Sempena Hari Bapa 2019 Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada seluruh bapa-bapa di mana sahaj mereka berada. Sebagaimana tiada hari yang khusus untuk mengenang jasa ibu, begitu juga dengan golongan bapa. Mereka wajar diberi penghormatan dan dikenang jasa-jasa mereka dalam membangunkan keluarga sepanjang masa .Tiada siapa dapat menyangkal kepentingan peranan bapa […]
Inisiatif Bas Wanita dialu-alukan
Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) mengalu-alukan inisiatif Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke yang mengarahkan syarikat bas ekspres menyediakan bas khas untuk wanita bagi laluan Kuala Lumpur – Seremban. Langkah ini bagi memastikan keselesaan dan keselamatan wanita yang menggunakan bas ekspres ke tempat kerja di waktu puncak. Sebelum ini koc khas wanita sudahpun disediakan oleh perkhidmatan […]
Kenyataan Rasmi Berkaitan Isu Majlis Berbuka Puasa Di Kawasan Rumah Ibadat Bukan Islam
1. Tindakan sebahagian pemimpin umat Islam di negara ini yang berbuka puasa di kawasan rumah ibadat bukan Islam telah mencetuskan penzahiran pandangan ekstrem sebahagian daripada umat Islam di negara ini yang bukan sahaja jelas jauh daripada pandangan sebahagian ulama Islam sejak berzaman, malah mencanggahi amalan yang dilakukan oleh kebanyakkan ulama dan umat Islam pada zaman […]
Elak masjid, surau jadi pusat sebar kebencian
KUALA LUMPUR – Masjid dan surau perlu menjadi institusi ummah yang bebas daripada segala bentuk kepentingan termasuk berkait unsur politik kepartian, sebaliknya perlu menjadi pusat menyampaikan perkara kebaikan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata kesucian masjid dan surau perlu dipelihara supaya tiada pihak cuba mengambil kesempatan menyebarkan kebencian atau […]
Gagasan Negara Rahmah dibentang dalam Kabinet bulan depan
KOTA BHARU – Gagasan Negara Rahmah; iaitu konsep negara Islam moden yang berteraskan Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia akan dibentang ke mesyuarat Kabinet pada bulan hadapan sebelum menjadi dasar baharu negara. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, pihaknya kini dalam peringkat akhir menyiapkan kertas pembentangan sebelum […]
Sasar satu Parlimen satu Masjid Rahmah
TASEK GELUGOR – Kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya satu Parlimen mempunyai satu program Masjid Rahmah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata mana-mana masjid sedia ada yang mengamalkan ciri-ciri RAHMAH (ramah, aman, harmoni, mesra, a’lamin dan hormat) boleh diiktiraf sebagai Masjid Rahmah. Beliau berkata program masjid rahmah itu adalah sebahagian daripada dasar […]
Terapkan rahmah dalam pentadbiran kerajaan baharu di setiap peringkat
PUTRAJAYA – Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (Yapeim), Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, negara kini berdepan dengan cabaran menterjemahkan konsep rahmah dalam bentuk polisi, masyarakat, dan negara dalam memastikan ia merentasi kesemua jabatan dan kementerian di negara ini. Beliau berkata, konsep mengejar kebaikan perlu dikembangkan lagi dan dimainkan peranannya dalam pentadbiran kerajaan hari ini. […]
Gagasan ‘rahmatan lil alamin’ pendekatan kerajaan untuk wujudkan negara rahmah
ALOR SETAR – Gagasan ‘rahmatan lil alamin’ adalah satu pendekatan besar yang dibawa oleh pihak kerajaan ke arah mewujudkan sebuah negara ‘rahmah’, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Beliau berkata pendekatan itu turut mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama […]
Jangan jadi penyambung lidah penghina Islam, lapor polis
KUALA LUMPUR – Masyarakat khususnya umat Islam diminta bukan sekadar menjadi penyambung lidah penghinaan kepada Islam dengan hanya bertindak berkongsi hantaran dan tangkap layar bahan-bahan yang menghina Islam di media sosial. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Rawa Yusof sebaliknya meminta masyarakat untuk membuat laporan polis terhadap sebarang bentuk penghinaan kepada agama […]