Majlis Penutup Bengkel Bijak Kewangan YADIM

PUTRAJAYA – Bengkel Bijak Kewangan YADIM menutup tirainya hari ini (9 Ogos) selepas berlangsung selama dua hari sejak semalam. Menghimpunkan Pengarah dan pegawai YADIM dari negeri-negeri, ia bertujuan menajamkan keupayaan pengurusan kewangan mereka dalam menguruskan perbelanjaan di setiap bahagian dan negeri. Disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin, bengkel ini turut disertai […]

Tawaran Menu Rahmah dijangka meningkat pada Ramadan

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mensasarkan lebih banyak premis makanan dapat menawarkan Menu Rahmah pada Ramadan yang dijangka hujung bulan ini. Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata berdasarkan sambutan oleh pengusaha pada masa ini, pihaknya menjangka jumlah premis yang menyediakan menu itu bertambah pada Ramadan. Sehingga ini, katanya, sebanyak […]

Sewa tapak premis Bazar Ramadan Rahmah murah

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengharapkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dapat mengurangkan harga sewa tapak premis di Bazar Ramadan Rahmah di seluruh negara pada bulan Ramadan ini. Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, peniaga di bazar tersebut akan dapat menjual makanan dan minuman dengan harga murah sekiranya kadar sewa […]

Tze Min – SAR semarak kesukarelawanan, konsep Rahmah inklusif

SUNGAI PETANI – Penubuhan pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) di Sungai Petani diharapkan mampu menyemarakkan kegiatan kesukarelawanan di kawasan ini. Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata, Simon Ooi Tze Min berkata, ia adalah satu inisiatif yang wajar dicontohi dan dihebahkan kepada umum untuk kebaikan semua. “Ia galakkan kasih sayang dan ajak untuk kita bersama mengejar […]

Hayati Gagasan Rahmah

KOTA KINABALU – Hala tuju Malaysia dalam usaha menjadi sebuah negara maju seharusnya tidak dikhuatiri sebagai punca nilai murni dan seruan Islam bakal terhakis sekiranya rakyat menghayati fahaman gagasan Rahmah. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sememangnya terdapat keraguan mengenai hala tuju negara apabila adanya matlamat untuk membawa Malaysia ke arah negara maju. “Apabila […]

UPKK 2019: Amali Solat, PCHI catat keputusan lulus hampir 100 peratus

PUTRAJAYA – Konsep kemenjadian murid yang diterapkan dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2019 terus menunjukkan keberkesanan apabila 99.9 peratus daripada 229,131 calon mencatat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI). Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata bagi mata pelajaran al-Quran sebanyak 99.8 […]

MABIMS tolak pendekatan keras, ekstrem

SINGAPURA – Negara negara Asia Tenggara terutamanya yang mempunyai majoriti penduduk Islam, menolak pendekatan keras dan melampau dalam menangani kemelut ummah. Ia merupakan kesepakatan dan keputusan yang dipersetujui bersama dalam Mesyuarat Pegawai Kanan (SOM), Pertemuan Tidak Rasmi Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) Ke 44 yang diadakan di Singapura […]

Konvensyen, ceramah tolak pornografi mulakan Ummatic 2.0

IPOH – Festival Ummatic 2.0 memulakan perjalanan programnya dengan dua acara pada sebelah pagi hari ini (4 Oktober) iaitu Ceramah Tolak Pornografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jati dan Konvensyen Rahmatan Lil Alamin di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh di sini. Ceramah Tolak Pornografi yang bermula jam 8.30 pagi, dianjurkan dengan kerjasama Majlis Perundingan Wanita […]

Rahmah perlu diterima semua

SEBERANG JAYA – Sikap rahmah adalah salah satu ciri keperibadian tinggi seseorang individu. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Yang Berhormat (YB) Dato IR Zakiuddin Abd Rahman berkata, memiliki sifat rahmah juga adalah syarat dan asas untuk menjadi sebuah negara maju. Justeru katanya, sikap rahmah perlu diterima semua tanpa mengira latar belakang pendidikan, politik dan […]

Yadim, Perkim santuni pesakit Hospital Besut

BESUT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Besut menyantuni 87 orang pesakit yang dirawat di Hospital Besut di Jerteh di sini petang ini (19 September). YADIM yang diketuai oleh Pengarah Yadim Terengganu, Mahadi Awang manakala Perkim Cawangan Besut diketuai oleh Pengerusinya, Anuar Hassan meluangkan masa kira-kira satu setengah […]