Zakat Pulau Pinang salur RM500 bantu peniaga kecil asnaf
BUKIT MERTAJAM – Zakat Pulau Pinang (ZPP) paa 19 Mac mengumumkan bantuan khas RM500 kepada peniaga dan penjaja kecil dalam kalangan asnaf dan fakir miskin di negeri ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata langkah itu diambil memandangkan golongan itu berdepan […]
Agihan zakat diaudit setiap tahun
SHAH ALAM – Pusat kutipan zakat tertakluk kepada prosedur kewangan yang ketat dalam menguruskan dana awam bagi memastikan pengagihan bayaran zakat benar-benar disalurkan kepada penerima yang layak. Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, MAINPP (ZPP, MAINPP), Amran Hazali berkata, masyarakat harus memahami bahawa badan itu perlu menjalankan tugas dengan teliti dan terdapat pelbagai kategori permohonan […]
Sambutan hangat Konvensyen Negara Rahmah Pulau Pinang
SEBERANG JAYA – Lebih 500 peserta menghadiri Konvensyen Negara Rahmah Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di sini pada 21 September. Ia melebihi jangkaan awal oleh penganjur iaitu kira kira 400 orang. Program bermula jam 7.30 pagi ini merupakan anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), kerajaan negeri Pulau Pinang dan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan […]
Rahmah perlu diterima semua
SEBERANG JAYA – Sikap rahmah adalah salah satu ciri keperibadian tinggi seseorang individu. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Yang Berhormat (YB) Dato IR Zakiuddin Abd Rahman berkata, memiliki sifat rahmah juga adalah syarat dan asas untuk menjadi sebuah negara maju. Justeru katanya, sikap rahmah perlu diterima semua tanpa mengira latar belakang pendidikan, politik dan […]
YADIM, ISDEV anjur Konvensyen Negara Rahmah Pulau Pinang
SEBERANG JAYA – Bertepatan dengan usaha agar penjelasan mengenai konsep rahmah dan gagasan Rahmatan Lil Alamin dilaksanakan secara konsisten, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang akan menganjurkan Konvensyen Negara Rahmah Peringkat Pulau Pinang. Program itu yang akan diadakan pada 21 September ini bertempat di Safira Resort & Country Club di sini, bakal dirasmikan oleh […]
Mufti Pulau Pinang pertahan Dr Zakir Naik
GEORGETOWN – Golongan yang memandang serong kepada pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik disaran supaya meluruskan sikap masing-masing dan berhenti menuduh beliau sebagai pelampau, penyebar fitnah dan sebagainya. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata Zakir sebaliknya adalah individu yang amat terbuka dan sanggup berdialog secara ilmiah dan rasional kepada sesiapa […]
Poster perlawanan Piala Malaysia guna tulisan Jawi dipuji
IPOH – Poster perlawanan Piala Malaysia di antara Perak dan Pulau Pinang menggunakan tulisan Jawi dalam laman Facebook sebuah kelab penyokong Perak, Perak the Yob mendapat pujian netizen. Poster berkenaan mula dimuat naik dalam laman Facebook Perak the Yob hari ini (16 Ogos). Poster berkenaan menggunakan tulisan Jawi sepenuhnya mengenai perlawanan Piala Malaysia di antara […]
Program silang budaya, dialog sesuai anjuran YADIM
GEORGETOWN – Program berbentuk silang budaya melibatkan pelbagai bangsa dilihat amat sesuai dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Pulau Pinang. Pegawai Khas di Pejabat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tabiin Sahri berkata, dengan demografi penduduk Pulau Pinang yang pelbagai, program berbentuk silang budaya adalah bertepatan jika dianjurkan YADIM bagi mempromosi keharmonian antara kaum. […]
Tiada laluan LRT di Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, tanah kubur
GEORGETOWN – Laluan transit aliran ringan (LRT) Bayan Lepas tidak akan membabitkan kawasan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar dan tanah wakaf kubur. Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata kerajaan negeri memutuskan demikian selepas Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bermesyuarat mengenainya baru-baru ini. Sehubungan itu, katanya, pembinaan struktur baharu masjid […]
Peluk Islam untuk tinggalkan gaya hidup LGBT
PULAU PINANG – Terjebak dengan hubungan sejenis sejak usia 10 tahun, Abdul Maliq Zaidi Wang Jiryun Abdullah, 33, beranggapan dia tidak mungkin akan dapat kembali ke pangkal jalan. Apatah lagi gaya hidup songsangnya itu termasuk sering bertukar pasangan antara lelaki dan perempuan semakin menjadi-jadi ketika menginjak dewasa dan sewaktu menuntut di sebuah kolej komuniti di […]