Majlis Penutup Bengkel Bijak Kewangan YADIM
PUTRAJAYA – Bengkel Bijak Kewangan YADIM menutup tirainya hari ini (9 Ogos) selepas berlangsung selama dua hari sejak semalam. Menghimpunkan Pengarah dan pegawai YADIM dari negeri-negeri, ia bertujuan menajamkan keupayaan pengurusan kewangan mereka dalam menguruskan perbelanjaan di setiap bahagian dan negeri. Disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin, bengkel ini turut disertai […]
Zakir Naik seru umat Islam manfaatkan media sosial demi dakwah
PUTRAJAYA – Kemunculan semula pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik ternyata menjadi antara tarikan Konvensyen Antarabangsa Melestari Pembangunan Gerakan Dakwah 2022. Meskipun kali ini beliau tidak berdebat, namun penampilan eksklusif dirinya bagi memberikan ucapan program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu tetap memiliki aura tersendiri. Malahan Tokoh Maal Hijrah 2013 yang berasal dari India dan […]
Kunjungan Hormat KEMUDA dan Program IRSYAD 360 di IKBN Jitra
JITRA – Unit Belia, Bahagian Kepimpinan Belia (KEMUDA)Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 25 April telah membuat kunjung hormat ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra. KEMUDA diwakili oleh Penolong Pengarah di bahagian tersebut, Mohd Idris Mohd Yussoff. Dalam sesi kunjungan ini, KEMUDA dan pihak IKBN Jitra berbincang berhubung penubuhan Rakan Belia YADIM (RBY) di […]
Umat Islam digesa imarah masjid, surau
PUTRAJAYA – Umat Islam di negara ini digesa kembali mengimarahkan masjid, surau Jumaat dan surau selepas kerajaan membenarkan aktiviti keagamaan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, aktiviti mengimarahkan masjid termasuk majlis ilmu yang lazim diadakan seperti kuliah Subuh, Zuhur, Asar, […]
Sabah harap lebih banyak program dari YADIM
KENINGAU – Kerajaan Sabah mengalu alukan lebih banyak program berbentuk kemasyarakatan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia di (YADIM) negeri ini. Pembantu Menteri kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Yang Berhormat Rasinin Koutis berkata, menerusi program sedemikian, masyarakat yang menerima bantuan akan merasa dihargai dan tidak dipinggirkan oleh pihak bertanggungjawab. “Meskipun ada yang anggap sumbangan itu […]
Mari adakan program di Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR – “Wilayah Persekutuan amat dahagakan program program kemasyarakatan seperti yang anda lakukan hari ini. “Saya menyeru ketua ketua dan pengerusi pertubuhan atau badan badan bukan kerajaan (NGO) untuk tampil sama sama anjurkan pelbagai program di Wilayah Persekutuan,”ujar Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat Datuk Dr Shahruddin Mohd Salleh. Beliau berkata demikian ketika merasmikan […]
MAIWP salur RM 2.1 juta dana kepada 40 NGO Islam Malaysia
KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 14 Mei menyalurkan sumbangan lebih RM2.1 juta kepada 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Malaysia. Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussein Abdul Kadir berkata pengagihan dana berkenaan adalah bagi membiayai program dan aktiviti tahunan NGO itu yang memfokuskan program keagamaan seperti dakwah, pendidikan dan kebajikan […]