MAINJ arah masjid dijadikan PPS selepas mangsa banjir terpaksa tidur dalam kereta
YONG PENG: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengarahkan semua masjid utama dalam kawasan terjejas banjir dibuka sebagai Pusat Penempatan Sementara (PPS) selepas mendapati ada mangsa terpaksa tidur dalam kenderaan malam tadi ekoran kesesakan di penempatan sedia ada. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata pembukaan masjid utama sebagai […]
Empat lokasi banjir, penempatan mangsa diziarahi YADIM Terengganu
KUALA TERENGGANU – Jadual menyantuni mangsa banjir yang padat untuk YADIM Terengganu. Walaupun bilangan mangsa banjir terus meningkat, YADIM Terengganu meneruskan komitmen mereka menyantuni golongan yang memerlukan ini. Pada 12 Disember, usaha menyantuni mangsa banjir dimulakan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering di sini. Sebanyak tiga keluarga dari Batu 6 dan Kuala […]
YADIM hulur bantuan makanan kepada mangsa banjir
KUALA NERUS – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu turun padang dan menghulurkan bantuan kit makanan kepada mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini. Pengarah YADIM Terengganu, Nasrul Hadi Saidi, berkata pihaknya telah memulakan inisiatif dalam misi bantuan 2022 dengan menyerahkan bantuan makanan segera di PPS. Beliau berkata, untuk peringkat awal […]
Gelombang kedua banjir: YADIM Sarawak aktifkan semula bilik gerakan
SERIAN – Hujan lebat tanpa henti di negeri ini mengakibatkan kejadian banjir sekali lagi di Kuching, Samarahan dan bahagian ini. Beberapa Pusat Penempatan Sementara (PPS) juga telah dibuka semula iaitu di Dewan Batu Lintang, Dewan Kampung Betong Kanowit, PPS Dewan Rimba Padi dan PPS Lubok Bunting. Ekoran itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak juga […]
59 keluarga terima sumbangan bantuan banjir YADIM Sarawak
KUCHING – Situasi banjir di negeri ini yang belum pulih diambil perhatian sepenuhnya oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak. Sehubungan dengan itu, pada 16 Januari, YADIM Sarawak telah mengatur gerak kerja untuk menyampaikan sumbangan kepada beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini. Antara yang disantuni ialah PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Endap (15 keluarga), Dewan […]
Banjir : YADIM dan rakan NGO bantu pindahkan pesakit strok
KUCHING – Cakna dengan keperluan orang ramai akibat banjir yang melanda negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak terus berkhidmat membantu mereka yang memerlukan dalam pelbagai aspek. Bukan sahaja menyumbang bekalan makanan, malah mereka turut membantu memindahkan seorang pesakit strok ke sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini pada 14 Januari. Pesakit tersebut dibawa […]