Majlis Sambutan Hari Raya dan Majlis Khatam Al Quran Daie Komuniti YADIM
TIDAK Pernah sunyi dengan program menyemarakkan dakwah di ibu kota, Daie Komuniti YADIM telah mengatur dan melaksanakan pelbagai acara sepanjang Syawal ini. Antaranya ialah Majlis Khatam Al Quran di Surau Tarbiah, Flat Sri Sabah pada 13 Mei lalu. Seramai 30 pelajar kelas Al Quran Daie Komuniti terlibat. Majlis bermula 9 pagi sehingga jam 12 tengah […]
Program Smart Solat dan Ceramah Israk Mikraj
GUA MUSANG – Seramai 110 orang kanak-kanak yang terdiri daripada mereka yang berumur tujuh hingga sebelas tahun telah mengikuti program Smart Solat anjuran bersama YADIM Kelantan dan Sekretariat Muafakat Komuniti (SMK) Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang. Program yang diadakan di surau PPR Gua Musang ini bermula 8 pagi hingga 5 petang pada 28 Februari. […]
Bengkel Induksi Daie Komuniti YADIM 2022
PUTRAJAYA – Bahagian Dakwah Komuniti YADIM telah menganjurkan Bengkel Induksi kepada Daie Komuniti badan dakwah ini sebagai pendedahan tentang gerak kerja dan pengurusan selain tugas-tugas hakiki sebagai seorang Daie pada 24 Januari. Antara yang ditumpukan dalam bengkel satu hari ini ialah taklimat operasi oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya, […]
Daie Komuniti YADIM cakna kesihatan mental kanak-kanak
SENTUL UTAMA – Kesihatan mental merupakan satu aspek kehidupan yang kini mula diberikan lebih perhatian sejak pandemik Covid-19 melanda negara. Perhatian kepada kanak kanak dalam hal ini juga wajar tidak dipandang remeh. Maka atas tujuan tersebut, Daie Komuniti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sentul Utama dan Hiliran Ampang pada 10 Oktober telah menganjurkan program kesihatan […]
Daie Komuniti Majlis Bantu Pengislaman Saudara Baru
KUALA LUMPUR – Hidayah itu milik Allah, dan Dia berhak memberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Jika Allah menyinari nur hidayah iman dan Islam kepada hambaNya, pastilah hamba itu insan terpilih dan terbaik. Pada 1 September 2021, insan pilihan Allah itu bernama Ita Rihanna, telah kembali kepada fitrah iaitu kembali kepada Islam. Daie Komuniti Yayasan Dakwah […]
Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Ihya’ Ramadan 202
SENTUL – Dengan hasrat menyantuni komuniti menerusi pemberian foodbasket, seramai 245 asnaf di kawasan ini menerima sumbangan barangan tersebut dalam satu majlis di sini pada 8 Mei. Menerusi Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Ihya’ Ramadan 2021 di Surau At Taqwa, Taman Sentul Utama di sini, seramai 245 asnaf menerima sumbangan foodbasket yang disampaikan oleh […]
Edaran kurma untuk Daie Komuniti YADIM
BATU CAVES – SEKITAR edaran Kurma Kepada 10 Daie Komuniti YADIM PPR/PA-DBKL oleh Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Batu Caves pada 8 Mei. Sebanyak 180 pek kurma diagihkan kepada mereka yang kelak akan mengaihkannya pula kepada komuniti masing masing menerusi program seperti […]
Program Edaran Bubur Lambuk Ayam Daie Komuniti YADIM
KUALA LUMPUR – Daie Komuniti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Nestle telah mengedarkan sejumlah 325 pek bubur lambuk kepada penduduk di sekitar Flat Sri Kelantan, Sri Pangkor, Masjid Hidayah dan Kampung Chubadak Hilir di sini. Daie bertanggungjawab bagi kawasan ini, Haji Abu Bakar Abdul Rahman telah mengedarkan bubur berkenaan selepas Asar pada 2 […]
Musaadah Covid-19 YADIM di PPR Sentul Utama
SENTUL – Kelab Warga Emas 1Malaysia di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini pada 26 November disantuni oleh Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM). Mereka menerima sumbangan 50 set barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin. Kelab berkenaan di wakili oleh Pengerusinya, Hajah Maimun Md Noor. […]
Ziarah Sinar Syawal Musaadah Covid-19 Siri 2
PUTRAJAYA – Seramai 300 penerima telah menerima manfaat menerusi program Ziarah Sinar Syawal Covid-19 Siri 2 yang berlangsung pada 20 Mei hingga 6 Jun lalu. Kesemuanya merupakan mereka yang terkesan dengan musibah Covid-19 yang melanda negara ini. Sumbangan ini adalah bertujuan meringankan beban mereka sempena sambutan Syawal. Program anjuran Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM), Bahagian […]