Gaji cecah RM2,000 wajib potongan PTPTN
KUALA LUMPUR – Potongan gaji bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibuat sebaik gaji peminjam mencecah RM2,000 sebulan. Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata perkara itu diputuskan Kabinet pada mesyuarat Jemaah Menteri, 23 November lalu. Katanya, Kabinet memutuskan potongan gaji ke atas peminjam PTPTN pada kadar dua peratus atau RM40 sebaik […]