YADIM Kelantan hulur bantuan keluarga penoreh tinggal di pondok separuh roboh
GUA MUSANG – Sebuah rumah yang sebenarnya lebih tepat dipanggil pondok, menjadi kediaman tujuh beranak di Kampung Jelaping di sini. Di kediaman yang hampir roboh itu, Mat Zaid Sulaiman dan isteri serta lima anaknya tinggal, bergelut meneruskan kehidupan. Sebagai penoreh getah, dia benar benar terkesan dengan penularan Covid-19. Keadaan bertambah parah apabila musim hujan melanda […]
Guru pondok perlu semarak kelas agama
PENGKALAN CHEPA – Guru-guru agama termasuk tenaga pengajar pondok perlu melebarkan kelas agama sesuai Kelantan diibaratkan sebagai ‘kawah’ ilmu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, aktiviti itu penting supaya masyarakat tidak lupa tanggungjawab mereka terhadap agama. “Ketika saya mula-mula dilantik sebagai menteri impian meminta guru al […]
Kerjasama penyelidikan, pelawaan sertai sesi Ijtimak Pondok Malaysia
PUTRAJAYA – Persatuan Muafakat Pondok SeMalaysia (PMPS) dijemput untuk turut serta dan bekerjasama dalam bidang penyelidikan dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan berkata, menerusi Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa badan dakwah ini, PMPS yang mewakili kira kira 250 pondok di seluruh Malaysia tentunya boleh menyumbang pengalaman dan […]
RM21 juta bantu sekolah pondok, tahfiz
KOTA BHARU – Kerajaan memperuntukkan RM21 juta bagi membantu sekolah pondok dan tahfiz yang terjejas akibat Covid-19. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, berkata peruntukan itu diambil daripada Belanjawan 2020 yang sudah diluluskan untuk pembangunan fizikal sebanyak RM100 juta. Katanya, kesemua pondok dan sekolah tahfiz di seluruh negara akan […]
Pondok perlu dibangunkan dengan pelbagai nilai tambah
TANAH MERAH – Institusi pondok di negara ini perlu dibangunkan dengan nilai tambah kepada pelajar terutamanya dalam bidang kemahiran dan tidak hanya tertumpu kepada bidang agama bagi kelangsungan pelajar lepasan institusi terbabit. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata sehubungan itu pihaknya telah mengadakan perbincangan bagi memastikan institusi pondok dibangunkan […]