100 set Musaádah untuk penduduk Kuala Kedah
KUALA KEDAH – Prihatin dengan kesukaran yang dihadapi oleh penduduk Kuala Kedah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan As Salam, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Kedah dan Pusat Khidmat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit telah tampil menyampaikan sumbangan Musaadah kepada 100 keluarga yang terlibat. […]
Sumbangan kepada petugas SJR Kuala Kedah
KUALA KEDAH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus aktif menyantuni pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan. Sempena Hari Malaysia pada 16 September, YADIM Kedah serta rakan strategiknya Majlis Dakwah Negara (MDN) Kedah telah menggerakkan insiatif YADIM Peduli. Pada kali ini, anggota petugas barisan hadapan atau frontliners di sekatan jalan raya (SJR) telah disantuni oleh […]
Sumbangan untuk warga Bandar Baharu oleh YADIM Kedah – Veteran TUDM
MERBOK – Terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Bandar Baharu, penduduknya memohon agar diberikan bantuan kepada mereka. Cakna dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah, dengan kerjasama Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (PVTUDM) Merbok menyantuni warga kawasan berkenaan pada 15 Julai. Turut terlibat dalam inisiatif ini ialah Ahli Jawatankuasa Masjid Bandar […]
Musa’adah PKPD SAY Kuala Langat
TELOK PANGLIMA GARANG –Perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di mukim ini menyebabkan ramai yang terjejas, malah ada yang terputus bekalan barangan keperluan dapur. Cakna dengan situasi ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat telah bergerak menghulurkan bantuan barangan keperluan dapur kepada 10 buah keluarga yang terjejas pada 4 Jun. Mereka yang di santuni […]
Musaádah di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
KULIM – Beberapa hari lalu, Exco Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Merbau Pulas, Yang Berhormat Dato’ Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali telah menghubungi Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria untuk berbincang berkaitan bantuan untuk Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Institusi pengajian tinggi ini telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan […]
Musaádah YADIM Kedah untuk warga UUM
SINTOK – Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan hingga 26 Jun menyebabkan ramai pelajar dan kakitangannya terkesan dengan situasi tersebut. Cakna dengan keadaan itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah beberapa rakan badan bukan kerajaan (NGO) pada 22 Jun telah menyampaikan sumbangan yang membawa manfaat kepada lebih 100 […]
PKPD: 400 bakul makanan untuk warga Kampung Meruntum
PUTATAN – Nasib mereka yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di negeri ini sentiasa diberi perhatian oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah. Pada 20 April bersama Alumni Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah, YADIM Sabah telah menyerahkan 400 bakul makanan untuk keperluan keluarga dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Kampung […]
Sumbangan makanan untuk SMK Agama Kota Kinabalu
KOTA KINABALU – Ekoran peningkatan jangkitan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu di sini telah diarahkan supaya ditutup bermula 13 hingga 26 April ini. Prihatin dengan keadaan itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 16 April telah tampil menghulurkan sedikit sumbangan untuk sekolah berkenaan. Pengarah YADIM Sabah, Samin […]
178 Pek Serbuk Pencuci Pakaian Untuk Perkampungan Dikenakan PKPD
BAU – Apabila Kampung Tringgus Bong, Kampung Tringgus Rabak Rotan dan Kampung Tringgus Matan Nguan di sini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan pada 7 Mac, salah seorang penduduknya telah memohon pertolongan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak. Mereka memohon agar dapat disumbangkan serbuk pencuci pakaian untuk kegunaan penduduk kampung tersebut. Segera bertindak atas permintaan berkenaan, […]
Musaadah 2.0 YADIM Johor
SIMPANG RENGGAM – Selepas Putrajaya, Musaádah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dilaksanakan di negeri ini pula. Pada 3 Februari, YADIM Johor menyampaikan bantuan untuk Penjara Simpang Renggam di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hingga 14 Februari ini. Barangan yang disampaikan adalah hasil sumbangan masyarakat yang mahu membantu orang ramai yang terkesan […]