3 keluarga di Semariang Tumtum, Semerah Padi dibantu YADIM Sarawak.
KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak, meneruskan gerak kerja dakwah dan menyantuni pihak terjesan dengan Covid-19 di sekitar bandar raya ini. Pada 28 April, menerusi program Musa’adah Covid-19, dua keluarga di Kampung Semariang Tumtum dan sebuah keluarga di Kampung Semerah Padi di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian. Ketiga-tiga individu yang dibantu tersebut […]
‘Pelihara nyawa adalah penting ketika ini’
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menegaskan, memelihara nyawa juga adalah penting ketika ini walaupun umat Islam mahu beribadah pada Ramadan seperti sedia kala. Katanya, matlamat memelihara agama (hifz al-din) tidak akan tercapai kecuali dengan memelihara nyawa (hifz al-nafs). Beliau berkata, rakyat sedang memasuki […]
Boleh tangguh sambutan Aidilfitri ketika PKP
PUTRAJAYA – Umat Islam harus menyambut Aidilfitri tetapi mereka boleh menangguhkan sambutan berbentuk tradisi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata setelah melaksanakan ibadah puasa selama satu bulan, umat Islam harus menyambut Aidilfitri pada hari pertama Syawal. Katanya, sambutan itu biasanya membabitkan […]
Bayar zakat fitrah dalam talian tepati hukum syarak
KUALA LUMPUR – Umat Islam digalak membayar zakat fitrah secara dalam talian memandangkan ia lebih mudah dan selaras dengan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan, (PKP) Menurut Setiausaha Kehormat Panel Undang-Undang, Majlis Dakwah Negara, Dr Nurul Haq Shahrir, kaedah bayaran zakat fitrah itu menepati hukum syarak yang ditetapkan. “Lafaz akad zakat itu sunat, bukan sesuatu yang wajib […]
JAWI laksana pernikahan online pertama di Malaysia
KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini (18 April) melaksanakan majlis akad nikah satu pasangan pengantin secara atas talian (online), yang pertama di Malaysia, ekoran kekangan pergerakan akibat wabak COVID-19. Majlis pernikahan pertama secara online melalui sidang video itu membabitkan pasangan pengantin, Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah […]
Kedah benarkan solat jemaah di masjid namun terhad kepada 3 orang
ALOR SETAR: Kesemua masjid yang berada dalam negeri Kedah dibenarkan untuk menganjurkan solat berjemaah dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas menerima perkenan daripada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. Bagaimanapun, menurut Mufti Kedah, Datuk Sheikh Fadzil Awang, bilangan jemaah yang dibenarkan hanya terhad kepada tiga orang bagi satu-satu solat fardu dan tidak melibatkan […]
Sabah lanjut tangguh aktiviti masjid hingga 28 April
KOTA KINABALU – Sabah melanjutkan arahan penangguhan aktiviti solat berjemaah dan solat Jumaat di setiap masjid serta surau di seluruh negeri sehingga 28 April susulan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19. Mufti Sabah Datuk Bungsu@Aziz Jaafar berkata, perkara berkenaan diputuskan selepas mengambil kira asas-asas syarak dan maqasid syariah demi […]
PM harap pusat zakat seluruh negeri proaktif bantu insan terjejas
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap pusat-pusat pungutan zakat di setiap negeri mengambil langkah proaktif membantu asnaf yang sedang menghadapi kesukaran hidup ketika langkah mengekang wabak koronavirus (Covid-19) sedang dilaksanakan kerajaan. Beliau berkata, ini termasuk membantu mereka yang terjejas pendapatan ketika keadaan ekonomi pada masa ini walaupun mereka tidak disenarai sebagai asnaf. […]
Tangguh aktiviti masjid, surau dilanjut, kata menteri agama
PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencadangkan aktiviti melibatkan masjid dan surau termasuk menunaikan solat Jumaat dan berjemaah dilanjutkan sehingga tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) berakhir. Zulkifli berkata, cadangan berkenaan dibuat selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan tempoh PKP sehingga 14 April depan, berdasarkan peningkatan kes […]