Pindaan undang-undang hukuman lebih berat kes pemandu mabuk dimuktamad Jun
PETALING JAYA – Kerajaan memandang serius keresahan rakyat berhubung peningkatan kes kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata susulan itu, beliau mengarahkan Kementerian Pengangkutan supaya merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah. […]
Hari keputeraan Agong setiap Isnin pertama Jun
PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi 2020 dipinda daripada Sabtu, 6 Jun kepada Isnin, 8 Jun. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, dalam kenyataan hari ini, berkata kerajaan juga bersetuju bahawa mulai 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Al- Sultan […]
RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Pindaan 2018 diluluskan
KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Pindaan 2018 diluluskan di Dewan Rakyat. Ia bagi membolehkan semua sekolah agama, pusat tahfiz dan tadika Islam di Wilayah Persekutuan berdaftar dan dikawal selia. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata ketika ini, Maahad tahfiz di Wilayah Persekutuan sukar dikawal selia bagi […]
Pusat tahfiz: Kerajaan pinda akta
KUANTAN – Kerajaan akan meminda Seksyen 97 Akta 505 Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 (Wilayah Persekutuan) bagi mengawal selia sekolah tahfiz dan sebahagian sekolah agama di seluruh negeri. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh berkata, pindaan itu dibuat melalui sidang Dewan Rakyat bagi memperluaskan kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam mengawal selia […]