Ode Jee bakal takluki khidmat pesanan makanan halal

KUANTAN – Syarikat pengendali aplikasi makanan halal pertama di Malaysia mensasarkan seramai lima juta pengguna bakal memuat turun aplikasi Ode Jee pada tahun ini secara berperingkat-peringkat selepas beroperasi sejak Januari lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Ode Jee, Yussaini Ali berkata, sasaran itu seiring dengan peluasan sayapnya di Pahang, Kelantan dan Terengganu secara serentak mulai April ini. […]