SAY Sabak Bernam sumbang susu Optimaxe Lite untuk pesakit kronik terlantar

SABAK BERNAM – Ahli keluarga yang terlantar sakit sudah tentu memerlukan penjagaan rapi yang berterusan. Lebih lebih lagi untuk warga emas yang perlu disokong dan bergantung penuh kepada ahli keluarga. Keadaan tentu lebih sukar jika ahli keluarga itu sendiri bukan tergolong dalam kalangan mereka yang mampu. Sentiasa prihatin dengan keperluan ini, Sukarelawan YADIM Sabak Bernam […]

20 terima manfaat program YADIM Terengganu – Bank Islam

DUNGUN – Seramai 20 asnaf di daerah ini menerima manfaat menerusi program Ziarah Kasih Perpaduan yang diadakan pada 24 dan 25 Disember di sini. Kerjasama antara komuniti Kawasan Rukun Tetangga, Yayasan Dakwah Islmiah Malaysia (YADIM) Terengganu dan Bank Islam ini menyantuni penduduk di 14 lokasi di sini, antaranya Kampung Rhu Batil, Kampung Baru Kuala Abang, […]

Musaadah YADIM dan Bank Islam kepada pesakit kronik dan hilang upaya

PADANG TERAP – Golongan kurang upaya dan pesakit kronik yang memerlukan terus mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Prihatin dengan nasib yang menimpa mereka, YADIM Kedah dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad BIMB, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Pedu dan rakan badan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Padang Terap telah menyantuni golongan ini pada […]

Seniman jalanan, pesakit kronik terima sumbangan Bank Islam-YADIM Johor

JOHOR BAHRU – Kerjasama menyantuni golongan yang memerlukan antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Kelab Bank Islam diteruskan lagi. Terbaharu inisiatif ini menyantuni seramai 12 seniman jalanan dan 20 pesakit kronik di sekitar bandaraya ini. Kesemuanya menerima tunai RM150 dan barangan keperluan harian bernilai RM100. Majlis ringkas serahan dihadiri oleh Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar […]

Yadim Kelantan ziarah asnaf dan pesakit kronik

TUMPAT – Bertempat di Kampung Neting di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 24 Februari telah menyantuni tiga pesakit kronik di kawasan ini. Yanti Ab Rashid yang terlantar sakit akibat jangkitan kuman dalam paru-paru sejak sebulan yang lalu adalah yang pertama disantuni. Wanita ini dijaga anaknya, yang terpaksa berhenti berniaga Roti John untuk menjaga […]

Riadah dan ziarah kasih di Jugra

BANTING – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR)  Kuala Langat pada 21 Jun telah mengadakan program riadah dan ziarah kasih di sekitar pekan ini dan kawasan Jugra. Program dimulakan dengan aktiviti riadah mendaki Bukit Jugra di sini sebelum mereka menziarahi empat kediaman pesakit kronik. Mereka yang diziarahi antaraya telah diserang angin ahmar, mengalami sakit buah pinggang […]