Kumpulan pertama jemaah haji dijangka tiba di Malaysia rabu ini
MAKKAH: Kumpulan pertama 284 jemaah Malaysia yang baharu selesai menunaikan ibadah haji akan berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada 7.15 pagi waktu tempatan (12.15 tengah hari waktu Malaysia), Rabu ini. Kesemua mereka akan berlepas menggunakan pesawat MH8261 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 9.45 malam Rabu. Pengarah Operasi Maktab Mohd Sawal Abong berkata bagi memudahkan […]
Arab Saudi umum hari pertama Ramadan esok
RIYADH: Arab Saudi semalam memutuskan hari pertama bulan Ramadan jatuh pada hari esok atau Khamis, 23 Mac 2023. Mahkamah Agung Arab Saudi memutuskan bahawa menurut kalendar Islam, bulan Syaaban berakhir hari ini, maka ketibaan bulan Ramadan, yang turut menandakan bermulanya ibadah puasa, akan bermula pada hari berikutnya. Menurut Agensi Berita Saudi, pihak berkuasa negara itu […]
Bicara Belia Sejahtera YADIM Terengganu di IKBN Kemasik.
KEMAMAN – Meskipun baharu pertama kali bekerjasama, program Bicara Belia Sejahtera anjuran YADIM Terengganu di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik di sini mendapat sambutan amat baik. Program pada 26 September itu disertai 200 pelajar, termasuk yang bukan Islam. Para pelajar memenuhi Dewan Sri Suria, lokasi program diadakan di IKBN tersebut sebelum jam 8.30 malam […]
Nur Umairah raih tempat pertama WorldSkills Asia
BANGI – Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Sungai Besar, Nur Umairah Mohamad Suwandi mengharumkan negara selepas memenangi tempat pertama pertandingan WorldSkills Asia Online Friendly Skills Games 2021 yang berlangsung pada 3 hingga 7 Ogos lalu. Kejayaan remaja berusia 16 tahun itu diraih menerusi kategori utama pertandingan kemahiran peringkat junior iaitu Operasi Drone, […]
Mesyuarat pertama ALPA YADIM yang baharu dilantik
PUTRAJAYA – Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu dilantik hari ini (7 September) mengadakan mesyuarat pertama mereka di ibu pejabat badan dakwah itu di sini. Seramai 10 ALPA termasuk Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan, Timbalannya, Yang Berbahagia Dato’ Dr Fakhrudin Abdul Mukti bersama Ketua Pegawai Eksekutif […]
Mahkamah Syariah Perak laksana e-payment
IPOH – Mahkamah Syariah Negeri Perak menjadi yang pertama dalam negara melaksanakan kaedah pembayaran secara elektronik (e-Payment), sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan di mahkamah berkenaan. Ketua Hakim Syarie Negeri Perak, Datuk Asa’ari Mohd Yazid berkata, inisiatif dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad itu merangkumi pelbagai kategori termasuk pendaftaran kes dan pembayaran denda dan akan […]
JAWI laksana pernikahan online pertama di Malaysia
KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini (18 April) melaksanakan majlis akad nikah satu pasangan pengantin secara atas talian (online), yang pertama di Malaysia, ekoran kekangan pergerakan akibat wabak COVID-19. Majlis pernikahan pertama secara online melalui sidang video itu membabitkan pasangan pengantin, Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah […]
Mufti Wilayah Persekutuan dilantik menteri
PUTRAJAYA – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri muncul sebagai mufti pertama di negara ini dilantik menganggotai barisan jemaah Kabinet. Agamawan kelahiran Terengganu itu akan menganggotai barisan Kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan barisan anggota Kabinet baharu […]
Malaysia negara pertama perkenalkan Rahmatan Lil Alamin
KUALA LUMPUR – Malaysia akan menjadi negara pertama memperkenalkan konsep Rahmatan Lil Alamin yang menekankan Islam sebagai agama rahmah dan memberikan kebaikan kepada semua. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf, berkata dasar itu perlu difahami dengan betul dan mendalam bagi mengelakkan pihak tertentu salah tafsir mengenai objektif konsep berkenaan. “Cabaran terbesar […]
Daripada masyarakat kepada masyarakat
AYER KEROH – Penjara Dusun Dato’ Murad di sini mencatat sejarah unik apabila secara rasminya memiliki pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) sendiri. Ia merupakan pasukan SAR pertama yang dianggotai oleh penghuni penjara kategori Orang Dalam Selia (ODS) di negara ini. Menggunakan konsep ‘Dari Masyarakat Kepada Masyarakat’, ia bermatlamat sebagai membina hubungan penghuni dengan masyarakat. Pengarah […]