Mufti Selangor sokong Sultan Selangor melarang penggunaan kalimah Allah dalam Bible
SHAH ALAM – Wajib bagi umat Islam untuk menjaga penggunaan kalimah Allah dengan cara terbaik, sebagaimana keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang diwartakan pada 18 Feb 2010. Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan Undang-Undang yang telah termaktub […]
Mukhayam: NGO komuniti hijrah LGBT pertahan JAKIM
KUALA LUMPUR – Beberapa kumpulan yang mewakili golongan LGBT tampil mempertahankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), khususnya program Mukhayyam kendalian agensi itu yang bertujuan membimbing komuniti berkenaan. Kumpulan-kumpulan berkenaan menyanggah fitnah yang mendakwa Mukhayyam sebagai program bersifat paksaan dalam mengembalikan mereka kepada fitrah asal. “Tidak pernah sama sekali individu yang menyertai program Mukhayyam diberi tekanan, […]
Jawi warisan kita
BAHASA Melayu unik kerana mempunyai dua jenis tulisan iaitu jawi dan rumi. Sebelum rumi, bahasa Melayu menggunakan tulisan jawi yang telah wujud sejak sekitar 1300 Masehi dan dikaitkan dengan ketibaan Islam khususnya dengan kedatangan orang Parsi ke Tanah Melayu ketika itu. Abjad Arab yang diperkenalkan telah diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan.Penemuan […]
Hargai Jawi, tak perlu jadi Islam, kata permaisuri
PETALING JAYA – Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mempertahankan kenyataannya yang memuji keindahan tulisan Jawi dan kesenian Islam selepas “ditegur” salah seorang pengikutnya di Twitter. Tuanku Azizah berkata sesiapa pun boleh menghargai dua perkara itu tanpa perlu menukar agama menjadi Islam. “Tiada yang rasis, saya bercakap tentang keindahan Jawi dan […]
Kerajaan akan tampil dengan naratif baharu mengenai Islam
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf mempertahankan prestasi kerajaan mengenai pelbagai isu berbangkit yang menjadi pertikaian dan memberi kesan kepada Islam. Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar turut menegaskan akan menghasilkan naratif baharu mengenai Islam supaya tidak mengulangi kesilapan terdahulu. “Apabila kita ambil alih kuasa, kita tidak […]
“Ada orang main-main”
KUALA LUMPUR – Konsep Rahmatan Lil al-Amin akan diteruskan walaupun gagasan yang dibawa kerajaan itu dipermainkan oleh pelbagai pihak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, beliau hairan apabila konsep itu dipersendakan dengan berbagai-bagai jolokan. Tegasnya, bagaimanapun beliau akan terus memperjuangkan konsep tersebut seperti yang dituntut dalam Islam. “Ada orang main-main […]