Kalimah Allah hanya di Sarawak – PM

Melaka: Penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut agama Kristian di Sarawak dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan hanya terpakai untuk negeri berkenaan, dan tidak terpakai di negeri-negeri lain. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjelasan berkaitan keputusan kerajaan itu juga sudah diperjelas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. “Sarawak kita faham […]

Peruntukan lebih RM103 juta untuk imam, bilal dan guru agama di Kelantan

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan berjumlah kewangan RM103.86 juta khusus kepada Imam, Bilal, Siak, Guru Takmir dan Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Kelantan tahun ini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan itu membabitkan Imam seramai 1,170 orang dengan jumlah peruntukan RM11.9 juta dan elaun Guru Takmir seramai 341 orang […]

Malaysia edar satu juta al-Quran di seluruh dunia

PUTRAJAYA – Malaysia akan mengeluarkan satu juta al-Quran untuk diedarkan segera di seluruh dunia sebagai tindakan balas terhadap insiden membakar naskah al-Quran di Sweden, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menegaskan bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar naskhah al-Quran di Sweden baru-baru ini, Anwar berkata, ikhtiar yang […]

Konsep Madani jadi garis panduan mengemudi negara

PUTRAJAYA – Pendekatan konsep Madani akan menjadi tunjang dan garis panduan dalam mengemudi negara sebagai hala tuju Kerajaan Perpaduan pada tahun ini dan mendatang. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, konsep Madani dirangka sebagai ikhtiar untuk memetakan strategi bagi mentadbir negara dengan berkesan dirangkul peradaban yang dicitakan. Ia ditakrifkan dengan sebuah konsep mapan, sejahtera, […]

LGBT, sekular, komunis tidak mungkin diiktiraf dalam kerajaan perpaduan – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), konsep negara sekular dan ideologi komunis tidak mungkin diiktiraf dalam Kerajaan Perpaduan. Bercakap dalam program Naratif Khas bersama Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 6 Januari, Anwar berkata perkara itu hanya dibangkitkan oleh pihak […]

Hampir 10,000 sertai solat hajat, zikir bersama PM di Masjid Putra

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob malam ini (21 Ogos) menyertai hampir 10 ribu jemaah di Masjid Putra di sini untuk solat hajat dan berzikir pada program Munajat Keluarga Malaysia. Beliau tiba di Masjid Putra kira-kira 8.24 malam, yang kemudiannya diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Datuk […]

Ismail Sabri angkat sumpah Sabtu

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kesembilan di Istana Negara pada pukul 2.30 petang 21 Ogos, selepas Yang di-Pertuan Agong,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan pelantikannya ke jawatan itu.     Pelantikan itu dibuat selaras dengan peruntukan di dalam Perkara 40 […]

Ebit Liew terima Anugerah Khas Hari Belia Negara

JOHOR BAHRU – Pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew, 36 menerima Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020. Anugerah itu disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Sambutan Hari Belia Negara 2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada), di sini pada 16 Ogos. Beliau menyifatkan sumbangannya kepada […]

Dua bulan belanja RM190 juta bantu golongan miskin

KUALA LUMPUR – Kerajaan dibawah Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) membelanjakan lebih RM190 juta dalam tempoh dua bulan ini untuk membantu golongan miskin meneruskan kehidupan dalam saat genting berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menterinya, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri berkata, bantuan itu selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar […]

Kerajaan perkenal PENJANA, bantu ekonomi negara

PUTRAJAYA: : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Jumaat mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi memacu kembali ekonomi Malaysia ekoran pandemik COVID-19. Dengan tema ‘Bersama Menjana Ekonomi’, menerusi PENJANA beliau berkata, kerajaan mengenal pasti tiga teras utama iaitu memperkasakan rakyat; melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi. Tegasnya, PENJANA juga merupakan strategi keempat pemulihan yang diambil […]