Prasekolah khas percuma untuk anak istimewa B40, M40 di Selangor
Shah Alam – Kerajaan negeri melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) dan Jabatan Anak Istimewa Selangor (Anis) memperkenalkan inisiatif Prasekolah Khas Anis secara percuma untuk anak istimewa di Selangor. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, prasekolah khas pertama yang dibangunkan oleh kerajaan negeri itu […]
Jakim tawar khidmat nasihat percuma sepanjang PKP
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menawarkan khidmat nasihat kekeluargaan, kerohanian dan kemasyarakatan secara percuma menerusi talian MyCareCov-19 kepada mereka yang berdepan masalah itu. JAKIM dalam satu kenyataan di Facebook berkata, perkhidmatan yang disediakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bermula 1 sehingga 14 Jun ini menawarkan Kaunseling Syarie, Terapi Psikospiritual Islam […]
Gunting rambut percuma pelajar di Papar
PAPAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah telah terlibat menganjurkan program gunting rambut percuma untuk para pelajar di daerah ini pada 25 Mac. Seramai 60 pelajar dari Sekolah Kebangsaan Pangalat Besar dan Sekolah Kebangsaan Pengalat Kecil di sini menerima perkhidmatan tersebut, dalam program yang dianjurkan bersama dengan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah […]
Kelas Al Quran percuma untuk anak anak PPR Kota Bharu
KOTA BHARU – Seramai hampir 80 pelajar sekolah rendah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu di sini, kini mengikuti kelas pengajian Al Quran percuma yang ditaja Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan. Inisiatif ini adalah hasil kerjasama YADIM Kelantan dengan persatuan penduduk PPR berkenaan, sejak September lalu. Menerusi kerjasama itu, YADIM Kelantan membiayai kos […]
Persatuan Peguam Syarie sedia khidmat nasihat atas talian sepanjang PKP
KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) melancarkan program Konsultasi Guaman Syariah Secara Atas Talian bagi memudahkan urusan perundangan syariah dilakukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Menurut Presidennya, Musa Awang, melalu program atas talian itu, umat Islam yang menghadapi masalah dan mempunyai isu atau konflik perundangan syariah boleh mendapatkan khidmat nasihat. Katanya, mereka […]
Orang ramai dapat topeng percuma
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan bersetuju mengagihkan topeng muka kepada rakyat secara percuma. Perdana Menteri berkata, pengagihan topeng itu adalah antara sumbangan kerajaan kepada rakyat dalam menghadapi krisis COVID-19. “Kerajaan mengambil keputusan mengimport topeng muka dari China iaitu kira-kira 10 juta keping. Semalam, saya sudah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) supaya […]
Pendidikan percuma untuk asnaf, OKU seawal 2020
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan menyediakan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi untuk golongan memerlukan seawalnya tahun depan. Menurut jawapan parlimen bertarikh 3 Julai, Kementerian Pendidikan akan memulakan pendidikan percuma di pusat pengajian tinggi awam untuk sebilangan orang kurang upaya (OKU) dan golongan asnaf yang akan dikenal pasti. “Terkini, Kementerian Pendidikan sedang melihat keupayaan […]
Doktor Malaysia khatankan kanak-kanak di selatan Thai
PATTANI – Sekumpulan doktor dari Malaysia menabur khidmat bakti dengan mengkhatankan kanak-kanak secara percuma di Pattani, selatan Thailand. Diketuai Pakar Bedah Neurosurgeri Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, Dr Nujaimin Udin, Program Khatan Amal Nusantara telah mengkhatankan lebih 100 orang kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun di wilayah yang bergolak itu. Beliau berkata, […]