Yadim tidak lupakan banduan
KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) sentiasa mengekalkan peranan dalam menyampai dakwah kepada pelbagai peringkat golongan termasuk yang bermasalah bagi memberi manfaat kepada mereka. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata, golongan seperti banduan adalah wajar diberi ilmu keagamaan dan motivasi. “Ini kerana mereka adalah sebahagian yang […]
YADIM, NGO santuni banduan di penjara
KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan berperanan sebagai koordinator kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam usaha melaksanakan aktiviti dakwah kepada masyarakat termasuk golongan banduan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata YADIM bersama kesemua NGO yang terlibat akan turun padang dan menyantuni segmen masyarakat […]
Lelaki dipenjara 26 bulan hina Islam, Nabi
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipenjara 26 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas 2 pertuduhan menghina Nabi Muhammad dan agama Islam menerusi laman sosial Facebook tahun lepas. Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman penjara 26 bulan bagi pertuduhan pertama dan 6 bulan untuk pertuduhan ke-2 ke atas Danny Antoni, 29, […]
Penjual air zam-zam boleh didenda, dipenjara
KUALA LUMPUR – Penjualan air zam-zam adalah dilarang dan tidak dibenarkan di negara ini. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan memaklumkan individu yang melakukan kesalahan itu boleh berdepan tindakan undang-undang. “Tahukah anda bahawa air zam-zam adalah dilarang untuk dijual di Malaysia? “Mana-mana individu yang disabitkan kesalahan mengimport, mengedarkan dan menjual […]
Jadi al-hafiz di penjara besi
MARANG – Hikmah disebalik menjalani hukuman penjara, daripada tidak mengenal huruf dalam al-quran kini bergelar al-hafiz. Faisal (bukan nama sebenar), yang disabitkan dengan kesalahan melakukan peras ugut dua tahun lepas, mengakui kehidupan sebagai penghuni tirai besi di Penjara Marang banyak mengajar dirinya mengenali al-Quran dan mendekatkan diri kepada pencipta. Lelaki berusia 30 tahun yang pernah […]
Pertama kali tak digari
SUNGAI BULOH – Selepas sekian lama tidak menjamah hidangan lazat, nasi Arab berlauk gulai kambing dan ayam masak merah menjadi menu istimewa 32 banduan akhir serta enam tahanan Sosma dan enam tahanan reman di Penjara Sungai Buloh untuk berbuka puasa. Mereka dijamu dalam Majlis Iftar Sahabat Tirai Besi Bersama Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr […]
MPWIM ajak penghuni fokus ibadah
KAJANG – Tirai besi bukan penghujung sebuah kehidupan, sebaliknya bagaikan sebuah ‘institusi kehidupan’ untuk seseorang itu bangkit dari kejatuhan, penyesalan dan dosa, serta tidak mengulangi lagi kesalahan lampau. Menurut Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr Hafidzah Mustakim, kehidupan di sebalik tembok pemisah itu, bukanlah semata denda […]
Hukuman penjara hina Nabi wajar
PETALING JAYA – Pakar Perlembagaan tidak melihat keperluan mana-mana pihak mempertikaikan keputusan mahkamah menjatuhi hukuman 10 tahun 10 bulan terhadap individu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad. Pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Shamrahayu Abd Aziz berkata, berdasarkan pertuduhan dikenakan terhadap individu terbabit iaitu di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen […]
Penjara 10 tahun 10 bulan kerana hina Nabi
KUALA LUMPUR: Pemilik akaun Facebook ‘Ayea Yea’, semalam dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun 10 bulan atas 10 pertuduhan memuat naik komen berbentuk penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak, yang membuat keputusan itu mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM)1998, turut mengarahkan hukuman penjara […]
Dua ‘tanggang’ moden dipenjara selepas ugut bunuh ibu, kasari ayah
ALOR SETAR 11 Jan. – Dua lelaki yang didakwa atas tuduhan berasingan mengugut bunuh serta menggunakan kekerasan jenayah terhadap ibu dan bapa mereka dijatuhi hukuman masing-masing penjara 12 bulan dan tiga bulan dalam prosiding berasingan oleh Mahkamah Majistret, Alor Setar pada Khamis. Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd Saddam Ibrahim, […]