YADIM sedia bayaran untuk ustaz Orang Asli
IPOH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyediakan bayaran berdasarkan jam berkhidmat bagi tenaga pengajar Orang Asli yang pulang ke kampung halaman untuk mengajar ilmu agama. Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Zamri Zainal Abidin berkata, pihaknya memfokuskan kepada pengisian dalaman surau atau dari sudut pengajian. Kita agak terhad untuk menyediakan bantuan-bantuan dari bentuk fizikal seperti membina […]
RM20 juta untuk lahirkan 100,000 hufaz cilik
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan Program Pra Tahfiz Kemas dengan peruntukan RM20 juta, bagi memperkasakan penghayatan pendidikan Islam dan ilmu al-Quran sejak awal usia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, di bawah pelaksanaan program itu, kerajaan menyasarkan untuk melahirkan 100,000 hufaz cilik menjelang 2026. “Pendidikan awal kanak-kanak juga akan terus diberi perhatian dan […]
Fauwaz Fadzil kunjungi YDP YADIM
Pendidikan Terus menjadi antara keutamaan dalam inisiatif kami melestari gerakan dakwah. Justeru apabila tokoh ilmuwan muda, saudara Fauwaz Fadzil berkunjung menemui Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus pada 10 Mei menyatakan hasrat untuk bersama YADIM, kami sambut dengan terbuka dan amat berbesar hati. Banyak yang boleh diterokai bersama, terutamanya yang melibatkan anak anak muda […]
Universiti awam di Afghanistan dibuka semula
KABUL – Taliban mengesahkan kesemua universiti awam dibuka semula kepada pelajar perempuan di enam daripada 34 wilayah Afghanistan. Langkah tersebut dilihat sebagai perjanjian utama kepada tuntutan masyarakat antarabangsa yang mahu melihat perubahan dalam pentadbiran baharu Taliban. Sejak Taliban mengambil alih pentadbiran Ogos tahun lalu, masyarakat antrabangsa sedang memerhati sama ada Taliban mampu mengubah […]
Pelajar cemerlang kariah Sungai Burong disantuni
PULAU BETONG – Pendidikan sentiasa menjadi keutamaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Program berteraskan pendidikan dianjurkan dan kebajikan para pelajar yang menjadi Rakan Siswa YADIM dan Rakan Belia YADIM juga sentiasa diberi perhatian. Bwgitu juga di negeri negeri. Mengambil semangat ini, YADIM Pulau Pinang pada 11 Disember lalu menyantuni 50 keluarga asnaf dan 20 pelajar […]
Taklimat Ikon Cilik YADIM di Pejabat Yadim Terengganu
KUALA TERENGGANU – Bagi melaksanakan gerak kerja awal program Ikon Cilik YADIM (ICY), Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan taklimat pelaksanaan program itu di sini. Taklimat yang diadakan di pejabat YADIM Terengganu pada 17 Ogos itu dihadiri oleh wakil Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haron Tuan Kob dari Unit Dakwah […]
JAWI, MAIWP disyor hantar mualaf berkelayakan belajar ke universiti Timur Tengah
KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), disyorkan supaya turut menghantar peserta Kelas Pengajian Mualaf yang berkelayakan, ke universiti-universiti Islam di Timur Tengah terutama Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sebagai contoh, […]
Jawatankuasa Khas JAWI tangani isu transgender
KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menggunakan pendekatan menyeluruh untuk menangani isu transgender melalui Jawatankuasa Khas termasuk penguatkuasaan undang-undang dan pendidikan. Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail, berkata pemerkasaan menerusi penubuhan jawatankuasa itu berpandukan undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) yang berkuatkuasa dengan mengutamakan pendekatan bimbingan dan tarbiah atau pendidikan. Beliau berkata, pihaknya […]
Arak – Penguatkuasaan Undang-Undang dan Pendidikan
Hampir setiap minggu kita dihidangkan dengan sekurang-kurangnya 1 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk. Menurut statistik rasmi PDRM, sepanjang lima bulan pertama tahun ini sebanyak 21 kes membabitkan pemandu mabuk dicatatkan yang mana lapan mangsa meninggal dunia. Majoriti mangsa kemalangan akibat pemandu mabuk ialah mereka-mereka yang bukan dari kalangan peminum minuman beralkohol. Kebanyakannya ialah individu-indvidu yang […]
Kunjungan PICOMS ke YADIM
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus menjadi pilihan pelbagai institusi pengajian tinggi untuk menjalin kerjasama khususnya dalam bidang pendidikan. Terbaharu, Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS) pada 12 Februari telah berkunjung ke ibu pejabat YADIM di sini bagi meneroka peluang kerjasama yang boleh dijalin antara kedua pihak ini. Diketuai oleh Naib Canselornya, Prof […]